Hormat keputusan Jamal Abdillah, Afieq Shazwan jadi pengganti - Utusan Malaysia

Hormat keputusan Jamal Abdillah, Afieq Shazwan jadi pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pengurusan, FMC Music Sdn Bhd, menghormati pilihan penyanyi, Datuk Jamal Abdillah untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Berikutan itu, posisi Raja Pop itu menerusi lagu duet Kucuma bersama Wany Hasrita akan digantikan dengan pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan.

“Setelah berbincang kami bersetuju menamakan Afieq sebagai pengganti Jamal.Pihak FMC yakin Afieq boleh memberi persembahan terbaik.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin dia mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dalam menyampaikan lagu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Pengarah Urusan FMC iaitu C.F.Ho, Jamal sudah pun memaklumkan berita pengunduran itu kepada syarikat dan produksi AJL38 awal bulan ini.

“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Jamal dan dipersetujui pihak produksi.

“Jamal ada beritahu mahu menarik dari dan saya cadangkan agar dia sendiri bercakap dengan pihak produksi AJL38.

“Perkara ini di luar bidang kuasa selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya.

Terdahulu, Jamal menarik diri daripada bertanding di AJL38 kerana tidak berpuas hati apabila peserta pertandingan tidak dibayar sedangkan pihak produksi mendapat tajaan dan menjual tiket kepada penonton.

Menurut Jamal, tindakan itu dilakukan bagi memperjuangkan nasib artis muda dan menghalang daripada perkara ini untuk terus berlanjutan.

Pentas akhir AJL38 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 3 Mac depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN