Konsert solo Datuk Shake 16 Disember ditunda - Utusan Malaysia

Konsert solo Datuk Shake 16 Disember ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Konsert solo Datuk Shake yang sepatutnya berlangsung pada 16 Disember ini telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur, InTour Live Events menerusi kenyataan dikeluarkan, baru-baru ini.

“Dukacita dimaklumkan konsert Datuk Shake yang dijadualkan berlangsung pada 16 Disember di Zepp Kuala Lumpur ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pihak penganjur dan Shake memohon maaf atas penundaan ini terutama buat pembeli tiket konsert ini. Pihak kami ingin menekankan bahawa ia bukan dibatalkan, tetapi telah ditunda,”katanya.

Sementara itu, Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad Bahwere, 73, berkata konsert berkenaan akan diadakan selepas situasi semasa menjadi lebih baik.

“Konsert ini ditunda, bukan batal. Ia bakal pindah ke tarikh lain apabila situasi menjadi lebih baik untuk menyambut dan meraih persembahan saya. Kami memohon maaf kepada peminat,” katanya.

Sehubungan itu, pembeli tiket konsert juga boleh mendapatkan bayaran balik dengan menghubungi talian Ticketcharge.

Terdahulu, konsert Shake yang dirancang berlangsung selama 90 minit itu akan mempersembahkan kira-kira 30 lagu. Antaranya, Umi, Anugerah Dari Kegagalan, Lina, Kau Bunga Ku dan You Know I Love You (tu sais je t’aime).

Konsert Shake dibawakan InTour Live Events dengan kerjasama iMe Entertainment Group itu dirancang menjadi medan penceritaan perjalanan dan kronologi karier muzik yang sudah dibukukan Shake.

Pada 2026, Shake akan meraikan ulang tahun ke-50 pembabitannya dalam dunia seni.

Shake pernah mencipta sejarah sebagai artis Asia pertama yang meraih populariti dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Perancis, termasuk rakaman bersama pelakon aksi terkenal, mendiang Bruce Lee pada 1976.

Pada 1983, penghibur ini membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu dan pantas mencipta populariti dengan nama Datuk Shake.

Antara pencapaian Shake yang sukar ditandingi adalah menerima Chevalier des art et Lettre (Knight of the Order of Arts Letters and Merits), iaitu penghargaan berprestij daripada Kerajaan Perancis atas sumbangan mempromosikan bahasa dan budaya negara itu di seluruh Asia.

Kali terakhir Shake mengadakan konsert solo di tanah air pada 1984.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya