Aisha Retno cipta sejarah menang Lagu Terbaik SFMM38 - Utusan Malaysia

Aisha Retno cipta sejarah menang Lagu Terbaik SFMM38

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di episod kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, di sini, petang tadi.

Kejayaan itu menyusuli lagu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul, Jangan Mati Rasa Itu yang diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada hari pertama SFMM38 semalam.

Aisha Retno membawa pulang wang berjumlah RM3,000 serta barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Lagu Pilihan Alha Alfa yang melayakkannya membawa pulang RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa dimenangi oleh Ernie Zakri menerusi lagu berjudul Astana.

Lagu Terbaik diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY, manakala Lagu Pilihan Alha Alfa diundi oleh peminat menerusi dengan mengimbas QR Code yang tertera sepanjang siaran langsung.

10 lagu yang bertanding hari ini adalah Korbankan Kita nyanyian MOJO dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim; Kamu Kamu (Wani Kayrie / Ziin / Jerry); Alah Bisa (Amira Othman feat Putera Muhammad /Glow Rush / Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim; Astana (Ernie Zakri / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel) dan Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah feat Afieq Shazwan / Gouffran & Ibnu / Gouffran & Ibnu).

Turut berebut tempat ke AJL38 adalah Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah dan ciptaan Datin Alyah dan Omar K serta lirik oleh Datin Alyah; Menyantun Kasih (Siti Nordiana / M Nasir / Keon); Sejuta Maaf (Liza Hanim / Sirkhan & Rinkarnaen /Sirkhan) ; Sutera (Aisha Retno / Aisha Retno & MFMF / Aisha Retno); Kalam (Shiha Zikir / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat).

12 lagu terbaik yang akan diumumkan pada episod terakhir SFMM38 12 akan berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

SFMM38 dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, bersiaran secara langsung selama tiga hari, dari semalam sehingga esok.

Setiap episod SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan yang berbeza. Pada episod hari ini, Akim & The Majistret menghiburkan penonton dengan lagu Potret dan Saksama.

Sidang produksi SFMM38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN