Berkawanlah tanpa kepentingan, cemburu dan memecah-belah - Fazura - Utusan Malaysia

Berkawanlah tanpa kepentingan, cemburu dan memecah-belah – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagaikan memberi bayangan, pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Nur fazura, meluahkan rasa hati dan berpesan kepada pengikutnya di media sosial supaya sentiasa ikhlas dan jujur dalam persahabatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Fazura berkata, dia percaya bahawa sahabat yang mempunyai niat tidak baik pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

“Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik (jahat), pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu,” katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, dia juga menasihatkan pengikutnya supaya tidak memilih dalam bersahabat tanpa mengambil kesempatan atas kepentingan sendiri, selain mengelak daripada rasa cemburu yang membawa kepada perpecahan.

“Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah belah,”katanya.

Nasihat yang dititipkan Fazura turut mendapat respons yang positif daripada peminat dan pengikutnya yang meninggalkan komen menyokong pelakon cantik tersebut.

Terdahulu, pelakon filem Pisau Cukur itu, pernah tampil menafikan naratif ‘perang dingin’ digembar-gemburkan antara dirinya dengan selebriti popular, Neelofa.

Pun begitu, Fazura berkata dirinya juga sama seperti orang lain apabila berhak menentukan dengan siapa dia berhak berkawan.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan adalah tidak betul dan tidak pasti apa niatnya. Saya juga sama seperti orang lain, berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN