KUALA LUMPUR : Kelihatan mesra, netizen dan peminat mula mengesyaki pelakon sensasi, Anna Jobling dan Amir Ahnaf kini terjerat dengan cinta lokasi selepas beberapa kali tular dengan video masing-masing di media sosial.
Malah, menerusi hantaran video terbaharu di Tik Tok, pelakon drama High Council itu turut dilihat menggelar Anna dengan panggilan manis iaitu ‘tomey’ atau comel sekali gus menunjukkan bahawa kedua-duanya mesra sebagai pasangan.
Video yang tular di media sosial itu juga menunjukkan mereka sengaja menggunakan lagu trending di Tik Tok yang biasanya digunakan oleh pasangan sedang bercinta.
Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta dengan tanda suka sebanyak 108 ribu dan hampir ribuan komen daripada pengikut.
Menerusi ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat memuji dan Amir dan Anna sebagai pasangan yang sangat serasi.
Difahamkan, Anna dan Amir kini sedang menjayakan drama berjudul Syurga Itu Bukan Mudah arahan sutradara terkemuka, Eyra Rahman.
Sebelum ini, Anna pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Meerqeen setelah terjebak dengan cinta lokasi semasa menjayakan drama berjudul Melur Untuk Firdaus.