Elak babak bersentuhan pelakon wanita, Imran Aqil utamakan perasaan isteri - Utusan Malaysia

Elak babak bersentuhan pelakon wanita, Imran Aqil utamakan perasaan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG : Sebulan mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal, pelakon, Imran Aqil mengakui, kini enggan melakukan sebarang babak berpegangan tangan atau bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita sekiranya diberi tawaran berlakon.

Menurut Imran, dia tidak ralat membuat keputusan tersebut demi menjaga hati isteri tercinta.

“Sekarang saya enggan lagi buat babak bersentuhan, pegang-pegang atau mesra melampau yang menyebabkan saya terpaksa tolak tawaran walaupun untuk watak utama.

“Tak apalah kalau dapat peranan sebagai pelakon pembantu, asal tidak mencalarkan perasaan isteri. Ini adalah keputusan saya sendiri, elak adegan mesra selepas berkahwin.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah perasaan isteri dan ibu saya walaupun dia tak pernah letakkan syarat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Wawa Tinted Sunscreen di Puchong, baru-baru ini.

Imran yang mengiringi Dahlia ketika pelantikan sebagai duta krim pelindung matahari juga mengakui rezeki selepas mendirikan rumah tangga cukup luar biasa.

Kongsi bekas penyampai radio Hot FM ini, bukan hanya tawaran lakonan, ada beberapa pengeluar produk dan perkhidmatan ingin dia dan Dahlia yang juga pempengaruh tampil berdua sebagai jurucakap.

“Alhamdulilah, rezeki bina masjid. Kami bersyukur apabila Dahlia raih kepercayaan syarikat macam Wawa Cosmetics selain sudah mula melangkah ke dunia lakonan.

“Sebagai teman hidupnya saya bagi galakan kerana tahu dia berbakat, selain boleh pergi jauh sebagai pelakon mahu pun pengacara asalkan pandai jaga diri.

“Saya takkan menyekat kerjaya atau mengongkong isteri kerana kami saling memahami, malah jika ada tawaran untuk tampil berdua apa salahnya kita realisasikan,”katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin itu, perkahwinan pada usia muda turut mengajarnya supaya lebih tanggungjawab.

Untuk info, Imran bernikah dengan Dahlia yang berusia 22 tahun pada 9 September lalu selepas setahun mengikat pertunangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya