BCL masih sukar lupakan Allahyarham Ashraf Sinclair - Utusan Malaysia

BCL masih sukar lupakan Allahyarham Ashraf Sinclair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Tiga tahun bergelar balu selepas kematian Ashraf Sinclair, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari mengakui sehingga kini masih sukar melupakan suami tercintanya itu.

Perkara itu diluahkan oleh Bunga selepas menziarahi pusara Ashraf ditemani anaknya Noah, serta ibu bapa mentuanya Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.

Mereka hadir memberikan tanda ingatan sempena hari ulangtahun kelahiran Ashraf di San Diego Hill, Karawang Jawa Barat, Indonesia, semalam.

“Sepatutnya hari ini ulang tahun kelahiran kamu yang ke-44. Tapi takdir berkata berbeza. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.

“Kami datang hari ini untuk memberitahu bahawa kami okay, sudah lebih baik, kami hidup, mencipta banyak memori baru dan teringat kamu di setiap detik itu.

“Kamu sentiasa ada di dalam hati kami, kami rindu kamu sentiasa. Selamat ulang tahun usia di syurga, terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di ruangan Instagram.

Bukan itu sahaja, pelakon Habibie & Ainun itu juga turut berkongsi bahawa anaknya, Noah bakal menginjak umur 13 tahun Jumaat ini.

“Untuk pengetahuan kamu, dalam empat hari lagi Noah secara rasminya akan menjadi dewasa,” katanya.

Hantaran berkenaan mendapat lebih daripada 800 komen yang turut sama mendoakan kesejahteraan Ashraf dan Bunga.

“Luar biasa BCL, isteri yang baik. Sihat-sihat ya, Al-Fatihah,” tulis satu komen.

“Al-Fatihah buat Ashraf. Peluk buat Bunga dan Noah,” katanya lagi.

“Alhamdulillah keluarganya tiba di Jakarta. Benar-benar keluarga penyayang,” kata seorang pengguna lain.

Untuk rekod, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 jam 4:51 pagi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.

Ashraf dan Bunga bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak, Noah.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN