Berhenti gunakan saya sebagai bahan ‘content’ - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Berhenti gunakan saya sebagai bahan ‘content’ – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie, kesal dan memohon bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, berhenti menjadikan dirinya sebagai bahan kandungan di media sosial untuk meraih perhatian ramai.

Zarina berkata, tindakan tersebut mencerminkan ketidakmatangan lelaki tersebut dalam mengendalikan masalah yang mereka hadapi.

“Tolonglah berhenti menggunakan saya sebagai ‘content’ dan jangan sebut nama saya lagi. Ini juga kali terakhir saya menyebut nama awak dan jika ada yang bertanya, mungkin saya akan katakan tidak mengenali awak.

“Saya tidak akan memaafkan awak dengan mudah selepas apa yang awak lakukan. Jadilah lelaki sejati dan berdepan dengan ibu bapa saya. Sekarang, awak sudah memalukan ibu bapa saya dengan memperlakukan saya begini,” katanya dalam satu kenyataan di TikTok, semalam.

Pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu juga memohon bekas tunangnya yang berusia 45 tahun itu untuk bertemu dan meminta maaf kepada ibu bapanya.

“Satu mesej dan panggilan telefon tidak akan menyelesaikan kemelut ini. Kalau mahu perbetulkan keadaan, jadi lelaki sebenar dan datanglah ke rumah serta minta maaf dengan ibu bapa saya.

“Saya ini mengenangkan emak ayah awak yang sudah tua. Jadi, saya pilih untuk tidak membuka aib dan bercerita dengan semua orang apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya juga tidak mahu kembali dengan sikap lama dulu. Malah, mungkin ramai yang boleh menjangkakan apa yang saya boleh lakukan, tetapi saya pilih untuk tidak buat,” katanya.

Selain itu, Zarina hairan mengapa lelaki berkenaan bersikap kebudak-budakan dan ia berbeza dengan pendekatannya dalam menyelesaikan masalah, meskipun masih muda.

“Awak sudah berusia 45 tahun dan sudah menunaikan haji. Seharusnya cara pemikiran lebih matang. Bagaimana saya yang lebih muda mengendalikan situasi ini dengan lebih baik?

“Malah, saya tengok ‘content’ yang dimuat naik juga memberi tempias kepada bekas isteri awak. Apabila tidak berfikir panjang, habis semua dikorek para netizen.

“Orang yang tidak bersalah juga terkena tempias. Tolonglah berfikir panjang sebelum membuat sebarang tindakan,” katanya.

Terdahulu, dalam satu daripada video yang dimuat naik Khazrul di media sosial, dia membuat luahan dirinya bukan orang yang baik seperti diimpikan Zarina selain berharap dapat terus bersahabat.

Menerusi hantaran yang sama, Khazrul juga mengakui, masih sayangkan pelakon tersebut.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengiran Mohd Ilham Syazwan pada 2015, namun berpisah pada 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia tujuh tahun.

Perkahwinan keduanya bersama Eilyas Azhar pada 2020 juga gagal bertahan lama dan kedua-duanya membuat keputusan untuk berpisah setahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya