Syaikul tanya, betulkah ayah kahwin lain? - Puteri Sarah - Utusan Malaysia

Syaikul tanya, betulkah ayah kahwin lain? – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Puteri Sarah Liyana, mengakui, dia kelu dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan anak sulungnya, Syaikhul Islam tentang tindakan Syamsul Yusof berkahwin lain.

Perkara itu didedahkan oleh Sarah menerusi satu hantaran yang dibuat di Instagram malam tadi.

“Saya baru balik dari sesi fotografi. Sampai sahaja rumah, Syaikhul tanya saya ‘mama, betul ke ayah kahwin lain?’ Sebab itukah ayah dah lama tak balik rumah?

“Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana awak nak jawab pertanyaan itu kepada budak berusia enam tahun? Saya memang terkedu,”katanya.

Selain itu, menerusi hantaran yang sama, Sarah juga menegur kaum lelaki agar memikirkan banyak aspek sebelum mendahulukan nafsu untuk berpoligami.

“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri di luar dana, isteri nak kena jawab apa pada anak-anak kecil ini?

“Nak kata ayah kahwin sebab nak elak maksiat? Ayah ikut suruhan Allah macam apa yang awak (Syamsul) jawab di dalam video? Pernah tak terfikir yang satu hari nanti nak kena jawab apa dekat anak?

“Tidak! Awak cuma pikit nafsu awak, ikut kepala otak awak saja. Ada terfikir tak kahwin lari kat Siam itu nanti anak tanya nak jawab apa? Lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnag, belajar balik agama Islam ya! Fikir apa kesannya,”katanya.

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16
Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya