Saya minta maaf, salah sendiri ambil gambar peluk lelaki - Tom - Utusan Malaysia

Saya minta maaf, salah sendiri ambil gambar peluk lelaki – Tom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Tom, 38, mengakui, tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi apabila berkongsi gambar berpelukan dengan lelaki di media sosial hingga mengundang kecaman ramai.

Mengakui khilaf diri, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, bagaimanapun memohon maaf jika perkara itu telah menyebabkan banyak pihak tidak selesa.

“Minta maaf. Berhubung gambar saya berpelukan mesra dengan lelaki yang tersebar, apa yang saya boleh katakan, saya tidak sengaja. Bagi saya, ia perkara normal apabila bergambar seperti itu.

“Saya akui, berfikiran terbuka dan tidak melihat perkara itu akan menjadi pertikaian. Namun, saya mengaku salah kerana lalai dan tidak mengambil berat hal itu.

“Saya minta maaf sangat-sangat pada semua yang tidak senang melihat gambar dan video saya sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram hari ini.

Selain itu, kata Tom, dia mengakui tidak begitu arif dalam bab agama dan menerima segala teguran yang diberikan, khususnya daripada peminat yang mahu melihat dirinya berubah ke arah kebaikan.

Tom juga mengakui, ingin memperbaiki diri dan belajar tentang Islam dengan lebih mendalam.

“Ada kala saya tidak perasan hal begitu kerana saya agak terbuka. Saya akui kejahilan sendiri, tetapi ingin memperbaiki diri dengan belajar hal agama.

“Doakan saya supaya dapat belajar agama dengan lebih baik selepas ini. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, Tom meraih perhatian ramai apabila membuat pengakuan menjalin cinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

Tom berkata, mereka pernah bercinta dan perasaan itu kembali bertaut selepas sama-sama bertemu di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Bagaimanapun, ramai mula mempertikai hubungan mereka kerana Fuad sebelum ini mengakui, sudah beristeri.

Fuad, kelmarin mendedahkan dia sudah berpisah pada Oktober lalu selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya