Bukan tak nak jumpa tetamu, tapi kami keracunan makanan - Ramona Zamzam - Utusan Malaysia

Bukan tak nak jumpa tetamu, tapi kami keracunan makanan – Ramona Zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bimbang dituduh sombong, pelakon dan pengacara, Ramona Zamzam, 32, menjelaskan dia serta suami, Rami Alashkar, mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dirawat di hospital ketika menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak, kelmarin.

Menurut Ramona, dia dan suami mula mengalami tidak sedap badan dan apabila berulang kali muntah serta cirit-birit membuatkan mereka mengambil keputusan ‘menyerah diri’ ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya sombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.

“Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami muntah-muntah.

“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, pelakon filem KL Special Force itu berkata, dia bersyukur kerana sudah semakin pulih.

“Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.

“Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami keracunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sakit.

“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa sakit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke hospital,”katanya.

Ramona juga berharap, agar tiada pihak mengambil hati atau tersinggung seandainya tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut.

Akuinya, dia ralat dengan apa yang terjadi dan memohon maaf andai ada salah faham.

Terdahulu, Ramona memuat naik satu hantaran di Instagram dan Facebook, memaklumkan dirinya mengalami keracunan makanan pada majlis perkahwinan adik perempuannya, Zafira Zamzam, semalam.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya