KEPELBAGAIAN genre lagu yang layak mara ke pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) membuktikan industri muzik kembali bernafas dan berkembang, selepas hampir dua tahun bergelut susulan pandemik Covid-19. Penerbit Eksekutif SFMM37, Jamil Hassan, pada sidang media baru-baru ini berkata, perkara itu jelas dilihat berdasarkan peningkatan jumlah lagu yang dihantar untuk dipertandingkan, berbanding tahun sebelumnya. “Kepelbagaian genre lagu yang dipertandingkan tahun ini menunjukkan perkembangan positif industri muzik, terutama selepas pandemik. Ia…










