Andor bawa penonton terokai sisi lain galaksi Star Wars - Utusan Malaysia

Andor bawa penonton terokai sisi lain galaksi Star Wars

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peminat filem francais Star Wars mungkin tidak asing lagi dengan watak Cassian Andor setelah karektor itu membuat kemunculan dalam naskhah Rogue One sebelum ini.

Dilakonkan oleh Diego Luna, watak Andor kemudiannya dikembangkan lagi kepada jalan penceritaan yang lebih meluas dan ia dapat disaksikan menerusi platform penstriman digital, Disney Plus Hotstar.

Menerusi judul siri iaitu Star Wars : Andor, naskah itu membawa peminat setianya untuk menerokai sudut pandang baru dari galaksi Star Wars.

Andor membawa penonton menjejaki kisah lima tahun sebelum kejadian Rogue One di mana segala-galanya dipenuhi bahaya dan tipu daya.

Siri ini membawakan francais fiilem Star Wars dari perspektif yang berbeza namun kekal menyajikan aksi yang padat.

Tiga episod pertama dari musim pertama ini sudah pun bermula dan ditayangkan di Disney Plus, pada 21 September lalu.

 

Sebanyak 12 episod pertama  menceritakan kisah Andor dengan Rebellion, manakala 12 episod untuk musim kedua akan membawa penonton kepada permulaan Rogue One.

Menerusi siri ini, terdapat beberapa watak dalam Rogue One kembali seperti Saw Gerrera yang dilakonkan Forest Whitaker dan Mon Mothma lakonan Genevieve O’Reilly.

Andor nampaknya bersedia untuk meneroka perjalanan dua pemberontak dalam galaksi Star Wars apabila kehadiran Mon Monthma yang menjadi ketua pemberontak dalam filem asal.

Kemudian Saw Gerrera yang menyelamatkan Jyn Erso dalam Rogue One sebelum menjadi pejuang penentangan yang semakin tua dan paranoid.

Bagaimana mereka sampai ke tahap ini dua watak penting ini akan didedahkan dalam Andor.

Selain itu, ramai lagi pelakon berbakat besar yang membintangi siri ini seperti Adria Arjona, Kyle Soller, Fiona Shaw dan Clemens Schick.

Apa yang menarik, siri ini juga bakal membongkar bagaimana Andor sudah berjuang ketika baru berusia enam tahun.

Selain itu, walaupun banyak yang belum diketahui mengenai watak wanita iaitu Bix Caleen dan Dedra Meera, tetapi mereka juga tampil hebat dalam siri baharu ini. 

Sama ada melihat bagaimana Bix berhadapan dengan Empire atau pencarian penyokong Rebel oleh Dedra, penonton harus menyaksikan bagaimana dua karakter hebat ini beraksi.

Jangan lupa tonton di laman penstriman, Disney+ Hotstar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya