Saya bantu mangsa banjir pun kena kecam - Baby Shima - Utusan Malaysia

Saya bantu mangsa banjir pun kena kecam – Baby Shima

BABY Shima enggan mengambil pusing kecaman netizen yang sentiasa mencari kesalahannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Baby Shima, 29,  enggan mengambil pusing kecaman netizen terhadap rakaman video aksi dia bergelek keterlaluan bersama usahawan, Datuk Aliff Syukri yang tular, baru-baru ini.

Kata empunya nama sebenar Nor Ashima Ramli itu, dia tidak perlu melenting kerana sedia maklum dirinya akan sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat.

“Saya tak ada komen tentang perkara itu. Sebelum ini, apabila keluar dengan lagu Lalai, saya teruk dikecam. Saya nyanyi lagu ketuhanan dan memakai tudung, pun tetap dikecam.

“Apabila tidak bergelek ketika membuat persembahan, saya dikutuk,. Tetapi, apabila menyanyi berdiri tegak, tidak kena pula pada pandangan mata orang. Saya beri kucing, anjing dan monyet makan pun ada yang pertikai.

“Semuanya serba tidak kena pandangan orang lain. Bayangkan, saya bantu mangsa banjir pun orang mengata macam-macam. Saya tidak keluar lagu pun dikecam, macam mana tu?,” luahnya kepada Utusan Malaysia.

Baby Shima, baru-baru ini diselar netizen selepas bergelek dengan usahawan tersebut sambil berpakaian seksi dalam sebuah video teaser bagi lagu terbaharu nyanyian mereka, Baby Sayang.

Sementara itu, Aliff pula bertindak menyahaktifkan akaun Instagramnya selepas menerima teguran orang ramai, termasuk ibunya, Rozita Ibrahim gara-gara perlakuan kurang senonoh dalam video tersebut.

“Saya adalah seniman dan akan terus berkarya. Saya bukan mahu mencari impak dengan sengaja mencipta kontroversi, sebaliknya sekadar ingin berkarya.

“Saya mahu maju  dan akan terus melakukan apa yang saya minat,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya