Setakat ini Don Dukun yang buat saya gemuruh di set -Zul Ariffin. - Utusan Malaysia

Setakat ini Don Dukun yang buat saya gemuruh di set -Zul Ariffin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Zul Ariffin, mengakui dirinya agak gemuruh ketika menjalani pengambaran filem Don Dukun.

Menurut pelakon filem Sangkar, karya tersebut bagaikan memberi satu rasa tekanan yang lain berbanding naskhah yang dilakonkan pelakon itu sebelum ini.

“Tiada filem yang buat saya gemuruh seperti filem ini. Setakat ini naskhah berkenaan yang buat saya gemuruh di set.

“Malahan, ketika saya duduk seorang diri pun ada perasaan gemuruh.

“Tertanya-tanya bagaimana cerita ini buat saya gemuruh kerana ada tekanan untuk kita bagi sepenuhnya,” katanya ketika ditemu bual.

Mengulas lanjut, Zul mendedahkan sebelum ini dia sama sekali tidak merasai perasaan gemuruh walaupun mempunyai jumlah kamera yang banyak di hadapannya ketika di set pengambaran.

Namun, dia menyifatkan perasaan rasa berbeza apabila mempunyai rasa gemuruh ketika di menjalani pengambaran bagi filem tersebut.

“Sebelum ini berapa banyak kamera pun, berlakon dengan pelakon-pelakon yang lain pun saya tidak gemuruh sebab sudah train bertahun-tahun berlakon.

“Tetapi apabila masuk sahaja set ini, saya rasa gemuruh,” ujarnya.

Sekadar informasi, filem Don Dukun merupakan terbitan Infinitus Productions dan Astro Shaw di mana filem bergenre seram komedi ini diarah oleh pengarah filem terkenal tanah air iaitu Waan Hafiz.

Filem yang dijangka akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2023 itu dibarisi para pelakon yang hebat iaitu Zul Ariffin sebagai Don Arif, Datuk Yusof Haslam sebagai Pak Samad, Douglas Lim sebagai Aloysiu dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya