Filem animasi Disney Lightyear disekat kerana unsur LGBT - Utusan Malaysia

Filem animasi Disney Lightyear disekat kerana unsur LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Filem animasi terbitan Disney, Lightyear dilaporkan tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia meski awalnya dijadualkan ditayangkan sekitar minggu ini.

Lightyear yang dijadualkan untuk tayangan pada 16 Jun nampaknya tidak akan tersedia di pawagam Malaysia kerana mempunyai unsur-unsur LGBT di dalam filem tersebut. 

Walaupun pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia sehingga kini masih belum memberikan sebarang kenyataan, namun ura-ura tersebut sudah bertebaran di media sosial.

Malah, menerusi pengamatan ramai, poster filem animasi ini juga tidak tersedia di laman web pawagam seperti GSC dan TGV. 

Menurut laporan media tempatan, adegan LGBT yang terdapat dalam filem tersebut sebenarnya pernah dipadam oleh Pixar tetapi studio tersebut mengembalikannya semula selepas mendapat bantahan daripada pekerjanya. 

Difahamkan, bukan sahaja di Malaysia, bahkan antara negara lain yang bertindak menyekat tayangan filem ini termasuk di China dan Arab Saudi.

Untuk info,  filem Lightyear menceritakan kisah sebenar Buzz Lightyear, seorang renjer angkasa yang popular lebih-lebih lagi kepada peminat filem animasi popular sebelum ini, Toy Story. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya