fbpx

30 Jun 2022, 8:31 am

  TERKINI

Kenapa hitam sangat hati itu? – Jasmin Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jasmin Hamid tampil meluahkan rasa hati berhubung komen biadap netizen terhadap dia dan suaminya, Nazmir Abd Rahman yang dilihat seperti ibu dan anak.

Menurut pelakon versatil itu, pelayar internet perlu menjaga adab dan individu yang baik sentiasa senang mendoakan kesejahteraan buat orang lain.

“Inilah salah satu contoh lisan yang boleh mengguris hati kaum hawa. Adakah kami yang ada gelaran ini (janda), tidak berhak untuk hidup bahagia walaupun tiada harta dunia?

“Kenapa hitam sangat hati itu sampai sakit bila tengok orang lain bahagia? Seorang yang beriman dan berakhlak baik, pasti akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain,” katanya.

Sementara itu, dalam perkongsian berbeza, Jasmin turut mentarbiah bagi segelintir netizen yang berasa tidak senang melihat kebahagiaannya.

“SubhanAllah jangan sesekali kita pertikaikan rahsia Allah. Sentiasalah doakan yang baik-baik supaya doa itu berbalik kepada kita.

“Mohonlah doa pada Allah apa yang terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui,” katanya lagi.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu juga berterima kasih kepada khalayak yang sentiasa menyokongnya dan tidak putus-putus mendoakan rumah tangganya.

“Terima kasih kepada kalian yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagiaan buat saya dan suami. Saya kembalikan doa tersebut buat kalian,”ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI