Timur tampil single sulung, Not A Criminal. - Utusan Malaysia

Timur tampil single sulung, Not A Criminal.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Label muzik terkenal tanah air, KRU Music (KRU) melancarkan single sulung dan video muzik Timur, artis terbaharu naungannya yang berjudul Not A Criminal.

Lagu tersebut diterbit dan diadunkan oleh Gustav Efraimsson di Sweden, dimana lagu bergenre pop dance ini menggabungkan komposer-komposer lagu terkemuka seperti Hayden Bell, Ronny Svendsen, Anne Judith serta Gustav.

Ia sekaligus, memberikan permulaan yang baik bagi Timur dalam memulakan kerjayanya dalam industri muzik tempatan.

Menurut Timur, dia menitipkan penghargaan buat semua pihak yang memberi tunjuk ajar dan sokongan bagi menghasilkan single terbaharu berkenaan.

“Sebagai artis baharu, saya amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh tenaga profesional bertaraf dunia seperti Gustav, Hayden, Ronny serta Anne.

“Tidak dilupakan juga Datuk Syafinaz merangkap jurulatih vokal saya, serta Datuk Yusry yang telah mengarahkan video muzik saya.

“Hampir dua tahun sejak pengurusan di KRU Music dan saya mengusahakan projek ini. Akhirnya, single pertama saya bakal dikeluarkan. Ini merupakan satu pengalaman yang mengujakan,” katanya.

Mengulas lanjut, dia berharap agar para pendengar di luar sana dapat menerima dan menyukai muziknya.

“Saya berharap peminat akan menyukai
muzik saya.

“Malah, akan terhibur dengan siri video muzik yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini serta pada bulan-bulan yang akan datang, pada tahun ini.” ujar Timur.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim berkata, penyanyi itu mempunyai bakat yang luar biasa kerana dia menyifatkan Timur sebagai penyanyi berbakat yang ‘jarang’ ditemui.

“Timur merupakan bakat yang luar biasa, dinamik serta bermotivasi tinggi. Dia boleh menggubah lagunya sendiri.

“Berbakat untuk bermain alat muzik seperti piano, gitar, saksofon serta drum. Seorang yang cepat belajar koreografi tarian, dan yang paling utama, Timur boleh menyanyi dan bertutur dalam 3 bahasa.

“Timur adalah bakat yang jarang ditemui dan bagai permata baru industri muzik kita,” katanya.

Sekadar informasi, selain merakamkan single dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu serta Mandarin, Timur turut membuat persembahan dalam empat siri video muzik arahan pengarah filem aksi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim.

Lagu tersebut dikeluarkan secara rasmi di kesemua platform penstriman digital, pada 1 April 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya