Nak makan apa? Taugeh pun saya tak boleh telan - Ziana Zain - Utusan Malaysia

Nak makan apa? Taugeh pun saya tak boleh telan – Ziana Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menzahirkan kesyukuran kerana keadaan dirinya semakin baik selepas membuat rawatan Bariatic.

Penyanyi lagu popular Madah Berhalah yang sebelum ini mempunyai penyakit gastrik yang teruk, kini memaklumkan badannya semakin rasa selesa.

Malah dia memberitahu bacaan darah tinggi juga terkawal selepas melakukan rawatan tersebut, pada minggu lalu.

“Saya lakukan itu kerana nak baik. Alhamdulillah, ada orang melakukan Bariatic untuk kurus dan cantik. Tetapi bagi saya, saya ingin sihat kerana masih ada empat orang lagi yang nak bersekolah.

“Jadi, saya perlu menjaga diri untuk menjaga orang lain juga. Lepas tiga minggu ini, saya ada pemeriksaan susulan bersama doktor.

“Alhamdulillah, kini angin dalam badan saya tidak seperti dulu lagi, darah tinggi saya pun terkawal dan badan rasa selasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Ziana turut menceritakan pengalaman sewaktu permulaan dirinya dikesan mempunyai penyakit gastrik.

Katanya, apabila angin dan gas gatrik tersebut menyerang sehingga jantungnya rasa seperti terhimpit, dia terpaksa ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi memeriksa jantung.

“Dari dulu lagi saya sudah rasa angin di sebelah kiri perut. Saya ingatkan ia berpunca disebabkan tidak makan kerana bekerja.

“Sehinggalah tahun 2018, rasa angin naik lain macam sampai rasa terhimpit jantung. Saya ingatkan ada sakit jantung atau apa.

“Saya pergi ke IJN, doktor memberitahu tiada masalah dengan jantung saya. Tiada apa, vein pun cantik tiada apa yang tersumbat,” tuturnya.

Dedah Ziana lagi, sebelum ini dia mempunyai rasa takut untuk berjumpa pakar kerana mengenangkan pengalaman melahirkan cahaya matanya secara pembedahan.

Bagaimanapun, dia terpaksa juga membuat temu janji dan melakukan rawatan kerana tidak mampu lagi menahan sakit yang dihidapinya.

“Sebelum ini, saya tidak pergi berjumpa doktor untuk susulan sakit saya sebab penakut kerana ada kenangan semasa pembedahan sewaktu melahirkan anak.

“Apabila saya tidak tahan lagi, banyak makanan yang tidak boleh makan dan masuk tahun ini sakitnya semakin teruk, malah satu batang taugeh pun saya tidak boleh makan. Jadi, apa yang saya boleh makan.

“Maka saya memutuskan untuk berjumpa dengan doktor dan melakukan pembedahan selama 40 minit. Alhamdulillah, sudah beberapa hari menjalani pembedahan, saya sihat,”

Pada minggu lepas, penyanyi itu selamat menjalani rawatan pemulihan penyakit gastrik selepas menerima rawatan daripada doktor pakar yang dikenali sebagai Dr. Mustafa Mohammad Taher.

Dia turut memberitahu punca dirinya kerap diserang penyakit tersebut adalah disebabkan saluran ulu hatinya yang telah longgar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya