Shakilla bengang kisah perceraian jadi bahan tawa

Disindir penyampai radio, Shakilla bengang kisah perceraian jadi bahan tawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Shakilla Khoriri, 32, bengang dan kesal dengan tindakan penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan, yang disifatkan tidak mempunyai nilai sensitiviti menjadikan kisah perceraiannya dengan Fizi Ali topik perbualan berbaur sindiran ketika ke udara.

Menurut Shakilla menerusi satu hantaran di Instagram semalam, perkara itu sudah tentu telah menyinggung perasaannya apatah lagi, selama ini dia sudah lama membiarkan orang sekeliling meletakkan kesalahan atas dirinya.

Pun begitu kata Skalilla, itu tidak bermaksud dia akan selamanya menutup mulut.

‘Sebenarnya bukan satu, dua orang yang beritahu macam-macam dekat saya, tapi sebelum ini saya diam. Biarkan saja orang mempersenda dan campur tangan urusan peribadi saya.

‘Saya biarkan bukan berhari-hari, malah berbulan-bulan orang menuding jari sana sini. Saya buat pekak telinga dan butakan mata kerana tak nak besarkan isu.

‘Semakin saya cuba perbetulkan diri untuk jadi lebih baik, semakin orang galak pijak kepala. Saya bukanlah jenis yang mencari apatah lagi, nak siasat sampai ke lubang cacing pasal sesuatu kerana yakin Allah akan tunjuk pada saya apa sepatutnya saya tahu.

Selain itu, Shakilla menyerahkan kepada pihak stesen radio tersebut untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang telah timbul.

Membuka aib

“Mungkin dari penyampaian tuan badan atau dari gerak rasa sendiri. Kisah saya dah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. Tapi jangan cuba buat saya untuk sentuh apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup.

‘Saya tak boleh nak komen panjang pasal isu ini. Mungkin Suria Malaysia boleh buat perbincangan kecil dengan penyampai berkenaan. Atau mungkin boleh terangkan maksud penyampai terbabit.

Dalam pada itu, pelakon drama Adam dan Hawa menegaskan dia tidak akan teragak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sama berulang lagi.

‘Saya sedang cuba perbaiki diri dan saya tak perlu tahu atau dengar perkara-perkara negatif macam ni.

‘Saya harap ini yang terakhir sebab saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan dari percakapan yang tiada tapisan dan berunsur fitnah atau memalukan.

Terdahulu, Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya