RM100,000 dan gelaran juara milik Aliff Aziz - Utusan Malaysia

RM100,000 dan gelaran juara milik Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Aliff Aziz adalah peserta yang menepati ramalan ramai untuk memenangi wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sekali gus bergelar juara dalam pertandingan realiti popular tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Membawakan lagu Sampai Syurga duet bersama Hafiz Shuib, Dealova serta lagu berjudul Budak Flat battle bersama Aweera, Aliff berupaya mengenepikan lima peserta lain di pentas akhir pertandingan tersebut semalam.

Menurut Aliff dalam ucapan ringkasnya di pentas, kejayaan yang diperoleh itu adalah untuk semua yang terlibat dalam program berkenaan dan dianggap sebagai rezeki keluarganya.

“Allahuakbar! Alhamdulillah segala pujian bagi Allah atas kejayaan ini. Terima kasih kepada peminat dan keluarga saya di rumah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, kemenangan ini milik semua,”katanya.


Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Nikki Palikat yang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 termasuk trofi.

Suki Low serta Adibah Noor pula masing-masing diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000 serta trofi.

Selain itu, Azan Scan dan Aweera masing-masing menduduki tangga kelima dan keenam yang membawa pulang duit sebanyak RM15,000 dan RM10,000 bersama trofi.

Bagaimanapun, rezeki Aweera tidak cuma itu kerana malam yang sama turut menyaksikan penyanyi ini memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi RM5,000 dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang diumumkan pada awal siaran langsung.

Kesemua peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian (solo dan duet) dan pusingan battle antara mereka.

Pentas akhir GV8 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya