fbpx

22 Mei 2022, 4:34 pm

  TERKINI

Anak Erynne Erynna selamat jalani pembedahan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cahaya mata sulung pelakon Erynne Erynna, Medinah,selamat menjalani pembedahan selepas anaknya disahkan mengalami masalah Duplex Kidney.

Perkembangan terbaharu berkenaan dikongsikan pelakon filem Damping Malam itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Erynne, dia menitipkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya, pembedahan yang mengambil masa selama empat jam itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selepas empat jam selesai juga pembedahan Medinah dengan selamat dan jayanya.

“Subhanallah, Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kami kepada doktor P dan pasukan, serta para jururawat. Kami sangat bersyukur.

“Sungguh setiap fasa peritnya berbeza tetapi bersyukur semuanya baik-baik sahaja, Alhamdulillah,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia mendoakan agar kesihatan puteri kecilnya itu diberikan pemulihan dengan segera.

Selain itu, pelakon itu juga menzahirkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti mendoakan kesejahteraan anaknya.

“Sekarang Medinah harus tempuhi proses untuk pulih pula, dimana saya berdoa agar proses pemulihan Medinah cepat dan baik semuanya, Insya-Allah.

“Dan juga, terima kasih kepada seluruh ahli keluarga kami, sahabat serta semua yang mendoakan Medinah.

“Sangat kami hargai dan doakan yang baik-baik buat semua. Semoga Allah merahmato kalian di dunia dan akhirat. Amin,” ujarnya.

Sebelum ini, Erynne memaklumkan Medinah mengalami masalah tersebut seawal usia empat bulan dan sudah lebih setahun menjalani pemeriksaan berka di hospital.

Sekadar informasi, Erynne mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Afify Sazali pada tanggal 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

POPULAR

KOSMO! TERKINI