Joox sedia platform percuma tonton Anugerah MAMA 2021 & MMA 2021 - Utusan Malaysia

Joox sedia platform percuma tonton Anugerah MAMA 2021 & MMA 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sempena penganjuran dua anugerah berprestij di Korea Selatan iaitu Melon Music Awards (MMA) 2021 dan Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021, platform muzik hiburan terkemuka Asia, Joox, memberi peluang kepada semua penggunanya untuk menyaksikan bintang K-Pop kesayangan mereka menerusi penstriman siaran langsung dan video atas permintaan (VOD).

Menurut Timbalan Presiden Senior Joox, Poshu Yeung, tahun ini merupakan kali keenam berturut-turut Joox melaksanakan usaha tersebut bagi memberi peluang semua peminat dunia hiburan K-Pop untuk menyaksikan acara gilang-gemilang itu di platform ini.

“Dunia hiburan K-Pop ternyata mencatat sejarah tersendiri dan terus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu genre muzik terbaik dunia tahun ini. Malah, kita dapat lihat semakin ramai artis K-Pop telah mara peringkat global.

“Oleh kerana itu, Joox sangat berbesar hati dan berbangga apabila berpeluang untuk membawakan penstriman secara langsung dan VOD dua anugerah muzik yang paling dinanti-nantikan ini kepada peminat K-Pop di seluruh Asia.

“Kami tahu bahawa pengguna Joox tidak akan pernah merasa puas dengan K-Pop, maka kami di sini sentiasa komited untuk memberikan muzik dan hiburan terbaik yang digemari oleh mereka,”katanya.

Berikutan itu, kata Yeung, bermula pada 4 Disember ini (sabtu), pengguna Joox VIP yang berbayar berpeluang untuk menonton MMA 2021 yang akan menampilkan bintang-bintang K-Pop popular seperti 10cm, EXO’s Baekhyun, Brave Girls, BTS, IU, Oh My Girl, Rosé BLACKPINK, SHINee dan TWICE yang akan bersaing merebut Anugerah Artis Terbaik MMA 2021.

Selain itu, pengguna VIP berbayar juga akan dihiburkan selama tiga jam tanpa henti menerusi persembahan bertenaga oleh bintang-bintang K-Pop dengan tontonan cuma di kediaman masing-masing, sama ada melalui penstriman siaran langsung ataupun menonton VOD.

Selain itu, bagi pengguna Joox yang menantikan majlis Anugerah MAMA 2021 pula boleh berbuat demikian dan menonton siaran langsung tersebut secara percuma pada 11 Disember ini.

Jangan lepaskan acara muzik tahunan berprestij ini bermula daripada acara karpet merah sehinggalah ke majlis anugerah itu sendiri yang akan menampilkan calon-calon popular seperti BTS, IU, Lisa dan Rosé BLACKPINK, KAI EXO, BAEKHYUN, DO, Kang Daniel, AESPA, ITZY, ENHYPEN, TXT, DAY6, NCT 127, SEVENTEEN, TWICE dan ramai lagi.

Selain itu, MAMA 2021 juga akan mengukir sejarah tersendiri dimana peminat setia muzik K-Pop dapat menyaksikan penyatuan semula Wanna One, sebuah kumpulan K-pop ternama sedekad lalu, yang akan membuat penampilan pertama sejak kali terakhir pada Januari 2019.

Untuk info, MAMA 2021 akan menampilkan hos wanita pertama iaitu ikon K-Pop, Lee Hyori yang akan mewarnai majlis anugerah itu nanti.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi 2021 MAMA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN