Cari duit sendiri walaupun suami mampu – Shima Anuar - Utusan Malaysia

Cari duit sendiri walaupun suami mampu – Shima Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Shima Anuar, 30, tidak gemar andai ada segelintir pihak yang beranggapan hidupnya mewah dan senang di atas kemampuan kewangan suaminya.

Menurut Shima, semua orang mempunyai rezeki masing-masing dan menyifatkan dirinya bukanlah seperti mana sangkaan khalayak.

“Itu rezeki (suami mampu), kena percaya semua orang berbeza-beza. Saya sendiri ada benda-benda yang nak dibuat dan ada hasil titik peluh sendiri.

“Tidaklah terlalu bergantung harap pada suami. Malahan, saya sudah biasa bekerja cari duit sendiri dan memang tidak reti duduk diam,”katanya.

Pelakon drama Isteri Dalam Sangkar itu berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika mengulas berhubung kesediaannya untuk kurang berlakon.

Untuk makluman, Shima sebelum ini menjalan perniagaan makanan iaitu Laksam selain pakaian,palazzo.

Dalam pada itu, kata Shima, dia mahu mengimbangi antara kerjaya seni dan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya matanya, Marian Sophia, 4 dan Mikhael Imaan, 2.

Sebagai informasi, Shima dan suami Mohd Solih Toha selamat mendirikan rumah tangga pada April 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya