fbpx

8 Disember 2021, 10:34 am

  TERKINI

Fizo Omar selamat bernikah dengan bekas pramugari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khabar angin pelakon terkenal, Fizo Omar bakal bernikah akhirnya terjawab selepas pengurusnya, Mimi telah mengesahkan pelakon itu selamat diijab kabulkan, semalam.

Kata Mimi, Fizo selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya yang juga bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz, pada jam 10 pagi semalam.

Menurutnya juga, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

“Fizo selamat diijab kabulkan semalam, pada jam 10 pagi. Dia buat majlis secara tertutup sahaja.

“Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang datang. Tiada tetamu luar serta keluarga yang jauh hadir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, ketika ditanya lanjut mengenai resepsi berkenaan, pengurusnya enggan memberitahu secara terperinci kerana mahu pelakon itu sendiri yang memaklumkan sendiri berita tersebut.

Sebelum ini, Fizo dikhabarkan bakal berkahwin selepas dua tahun lebih hidup menduda.

Terdahulu, pelakon itu juga memaklumkan akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, menerusi hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

POPULAR

KOSMO! TERKINI