Aina Abdul kumpul duit tiga tahun beli mikrofon puluhan ribu ringgit - Utusan Malaysia

Aina Abdul kumpul duit tiga tahun beli mikrofon puluhan ribu ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menjaga kualiti penjenamaannya sebagai seorang penyanyi bermutu, Aina Abdul, mengaku sanggup berhabis duit untuk membeli mikrofon idamannya yang difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Menurut Aina, usaha tersebut telah dilakukannya sejak tiga tahun lepas dan hasil duit yang dikumpulkan, dia akhirnya berjaya membeli sebuah mikrofon berwarna biru yang telah ditempah khas.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, hasrat itu sudah lama dipendam olehnya memandangkan secara peribadi, dia beranggapan seseorang penyanyi itu harus memiliki mikrofon sendiri sebagaimana penyanyi terkenal Taylor Swift dan Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya.

“Boleh dikatakan saya ambil masa selama tiga tahun kumpul duit untuk beli mikrofon sendiri. Saya kumpul sejak lancar lagu Sumpah pada tahun 2019.

“Saya memang dah lama idamkan untuk ada mikrofon sendiri sebab saya tengok Taylor Swift dan Datuk Siti Nurhaliza pun ada mikrofon sendiri. Malah Taylor, saya difahamkan, mempunyai mikrofon yang berbeza untuk setiap satu persalinannya ketika dia membuat konsert.

“Semua itu menjadikan saya sangat terinspirasi untuk membuat persembahan yang lebih baik jika mempunyai mikrofon sendiri,”katanya.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Patriotik Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

Selain Aina, konsert yang bakal diadakan pada 6 November di Istana Budaya turut menampilkan penyanyi Syamel, Ernie Zakri, Fitri Hiswady dan Hairi Safwan.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Semalam ini menegaskan dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kerana hasratnya adalah sebagai pencetus semangat buat diri sendiri.

Malah, dia juga mengaku berasa lebih selesa menggunakan mikrofon tersebut biarpun harganya mahal daripada biasa kerana jaminan kualiti dan keselesaan apabila menggunakannya.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk ada mikrofon tapi ia seperti memberi semangat kepada saya. Bagi saya, berbeza menyanyi dengan mikrofon biasa dengan sendiri.

“Mudah untuk saya menyanyi walaupun hargnya, tak dinafikan, bagai nak ‘mati’ juga nak bayar. Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

“Sebelum ini, saya pernah menggunakan mikrofon jenama itu tapi ia dipinjam. Mereka beri saya pakai lima kali dan saya berjanji akan beli juga. Tahu-tahu sudah dua tahun saya pakai sebelum akhirnya benar-benar mampu untuk membeli,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya