Kempen RM5 Juta Tunai, Mila Jirin mahu bantu pengguna - Utusan Malaysia

Kempen RM5 Juta Tunai, Mila Jirin mahu bantu pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga usahawan hebat, Mila Jirin, 33, melahirkan rasa terharu kerana kini syarikatnya, Bizmilla mara selangkah lagi melalui kerjasama strategik bersama Malakat Eco Mall menerusi kempen RM5 Juta Tunai Percuma bermula 31 Julai ini.

Menurut Mila, sebagai Pengarah Urusan Bizmilla, dia melihat kolaborasi tersebut dapat dimanfaatkan oleh lebih 100,000 buah keluarga terutama ketika ramai kini dilaporkan terjejas akibat pandemik.

“Menerusi kolaborasi ini, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk ‘Cash Back’ atau pulangan tunai kepada semua pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di ke semua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma ini akan dilancarkan bermula 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com pada jam 10 pagi.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.

Selain itu, menurut Mila lagi, pelanggan yang mendaftar sebagai ahli VIP dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com berpeluang memenangi hadiah percuma baucar tunai berjumlah RM300.

“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Tak hanya itu saja, mereka yang menjadi ahli VIP akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya

Menurut Mila, Bizmilla dan Malakat Grocer juga ingin membantu meringankan kos sara hidup pelanggan dan memberi tambah nilai setiap ringgit yang dibelanjakan.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga kota khususnya yang terkesan saat ini. Kalau boleh, saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

“Diharap semua warga terutama di Selangor, KL dan Melaka tidak ketinggalan untuk bersama menyertai kempen ini kerana ia sebuah inisiatif yang sangat bermakna buat saya dalam membantu mereka yang susah,” katanya.

Dalam pada itu, Mila berkata, pihaknya juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian 5 kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” katanya

Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.

Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.

“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya