Orang berniaga, kau pun nak - Chef Wan - Utusan Malaysia

Orang berniaga, kau pun nak – Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, menasihati usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, agar menerima segala komen positif mahupun negatif dalam berniaga produk makanan.

Menerusi perkongsian entri Instagram, Chef Wan rasa terpanggil untuk memberi komen berkenaan produk terbaharu tersebut sementelah namanya disebut dalam video pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Nak berniaga makanan ini memang kena terima segala komen yang positif mahupun negatif. Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu jamban Cik Kiah itu!

“Itulah, orang nak berniaga makanan pun kau nak juga jual. Bukan tidak boleh, tetapi kena berhati-hati. Jika tidak pandai memasak perlulah pergi belajar betul-betul.

“Kalau tak mahu, sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam tangan berlian, lebih baik dia tabur duit kepada yang pakar tentang perniagaan makanan untuk bantu dia,” katanya.

Tambah Chef Wan, dia menyifatkan jika membuat perniagaan dengan cara yang tidak betul dan syok sendiri, ia boleh merugikan perniagaan itu sendiri.

Dalam pada itu, Chef Wan juga turut menyifatkan bahawa tidak semua patut memberi kecaman terhadap Aliff. Walaupun menerima komen negatif, tetapi peminatnya tetap setia menyokong jualan produknya itu.

Sebelum ini, Aliff Syukri telah melancarkan produk makanan terbaharunya menerusi perkongsian di entri Instagram. Produk berkenaan yang berasaskan sup bebola daging hasil resipi serta air tangannya sendiri iaitu Sup Jolo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.