Ada sahajalah netizen ini! - Utusan Malaysia

Ada sahajalah netizen ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, mengambil inisiatif membantu barisan hadapan Hospital Melaka dengan memberi sumbangan kelengkapan katil bernilai hampir RM100,000.

“Saya rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit Covid-19 yang banyak.

“Saya harap dengan sumbangan kecil dan tidak seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, bantuan katil tersebut telah menjadi perbualan hangat juga di media sosial. Ada segelintir warganet menyifatkan label yang dilekatkan di katil tersebut sekadar menunjuk?
Perkara tersebut dibidas semula seorang individu menerusi ciapan di entri Twitternya.

“Lah Neelofa sedekah katil pun banyak bunyi netizen ini. Tulis label sumbangan itu hospital sendiri yang buat untuk audit. Kadang netizen dalam bercakap nampak juga kebodohan sebab cari salah orang sahaja,” jelasnya.

Sampai begitu sekali ya. Amboi netizen, tak baik tau selalu nak sangka buruk je kat orang. Dah tiada kerja sangatkah? Awas ya!

Kan dah kena ambil tindakan!

Gara-gara didakwa mengadakan sesi Instagram live bersama kanak-kanak bawah umur, seorang usahawan kosmetik terkenal, dan rakannya direman selama tiga hari.

Seorang pensyarah, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, membuat satu laporan polis terhadap usahawan berkenaan yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur tersebut.

“Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang instafamous ini. Ibu bapa, kejadian ini berlaku pukul 1:50 pagi.

“Anak-anak tidak sepatutnya menggunakan telefon bimbit waktu sebegini dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam Instagram live ini,” tegasnya.

Peguam Nursyafiqah Zamani yang mewakili kedua-dua suspek itu memberitahu, mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Itulah, sebelum buat sesuatu fikir dahulu ya. Kan tak pasal kena ambil tindakan!

Emosi Neeta Manisha terganggu?

Tular di media sosial apabila seorang pengguna aplikasi TikTok juga pengamal media memuat naik video memaparkan penyanyi jelita, Neeta Manisha, sedang membetulkan baju dipakainya dalam program realiti All Together Now Malaysia.

Menerusi kapsyen video tersebut, tertulis ayat ‘salah parking’ yang didakwa merujuk kepada penyanyi berkenaan ketika membetulkan pakaiannya ketika proses rakaman program realiti itu.

Susulan itu, pelbagai komen-komen negatif terhadap video tular berkenaan.Neeta kini dikatakan berada dalam keadaan tertekan sehingga membuat keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemasaran NAR Record, Becky Zulkepli, telah mengambil tindakan meminta Neeta membuat satu laporan polis terhadap individu berkenaan.

Jika tiada perkara baik yang nak ditunjuk di media sosial, maka jangan menyumbang kontroversi pula sehingga boleh memalukan orang lain ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya