Cik Bunga tahu kalau cerita bab nafsu ini, memang susah buat setiap manusia untuk mengawalnya.
Nafsu pula ada banyak jenis, hendak membeli dan boros pun kadangkala berlaku kerana nafsulah juga.
Tapi, kalau mengaitkan seorang pelakon lelaki ini, rasanya ada yang boleh mengagak. Kecenderungan seksualnya bukan ke arah wanita, sebaliknya terhadap golongan sejenis.
Cerita teman Cik Bunga, walaupun negara sedang berdepan dengan situasi kes Covid-19 yang semakin meningkat, tambahan pula kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakan tempat, keadaan itu bagaikan tidak terkesan pada pelakon ini.
Pendek kata, makin ketat PKP dikenakan, makin sukar dia membendung nafsunya untuk keluar mencari satu demi satu lelaki yang sejenis dengannya.
Melanggar prosedur operasi standard (SOP)? Mungkinlah kan. Cik Bunga tak nak tuduh.
Tapi kalau sudah merata perginya tanpa menghiraukan kes jangkitan Covid-19 yang meningkat ini, tentu ia mengundang bahaya kepada orang sekelilingnya.
Tak cukup dengan mencari penyakit macam itu, khabarnya pelakon itu juga tak pernah lepas dengan ketagihannya terhadap barang terlarang.
Pendek kata, hidup dia ini memang sengaja mencari penyakitlah ya.
Hairan betul Cik Bunga. Tak akanlah tak ada kesedaran atau sensitiviti langsung dengan keadaan sekarang yang sedang meruncing dengan bermacam jenis penyakit.
Jangan esok tiba-tiba jatuh sakit, tup-tup kata itu sakit misteri atau disantau orang pula.










