"Kalau gambar tidak senonoh, lagi parah" - Elly Ariffin - Utusan Malaysia

“Kalau gambar tidak senonoh, lagi parah” – Elly Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelakon, Elly Ariffin, 31, melahirkan kebimbangan sekiranya ada pihak terpedaya dengan perbuatan seorang individu dipercayai wanita yang menyamar sebagai dirinya menggunakan aplikasi janji temu Tinder di ruang maya.

Menurut Elly, dia tidak pernah memiliki akaun tersebut dan hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusannya D Alpha Legacy (M) Sdn.Bhd, kelmarin.

“Saya tak ada isu dengan penggunaan aplikasi itu sebab faham ia adalah satu inisiatif untuk sesiapa sahaja berkenalan dan mencari jodoh. Tapi saya tak nafi, ada sahaja pihak yang tergamak menggunakan akaun palsu untuk kepentingan diri.

“Bila pihak pengurusan bertanya, saya hairanlah sebab memang tak pernah ada Tinder. Individu tersebut mengguna pakai gambar saya sebagai profil tetapi butiran diri yang berbeza.

“Individu itu mengaku umurnya 28 tahun dan menetap di Seremban. Terang-terang butiran itu palsu. Bila masa pula saya duduk di Seremban, Negeri Sembilan?”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Selain itu, menurut pelakon drama Korsakoff ini, dia juga bimbang sekiranya individu tidak bertanggungjawab itu bertindak di luar batasan seperti menipu dan sebagainya.

“Ada banyak kes macam ini. Kalau setakat ajak keluar tak apa lagi. Tapi macam mana jika dia hantar gambar tidak senonoh yang tentunya bukan diri saya atau menipu duit orang? Nama saya pula yang terjejas.

“Sebab itu jugalah saya uar-uarkan dalam Instagram mengenai hal ini sebab bimbang ada pihak terpedaya. Kita tak tahu apa tujuan individu itu sehingga sanggup menyamar jadi orang lain. Sesiapa sahaja boleh terkena,”katanya.

Dalam pada itu, Elly menggesa semua pihak untuk sentiasa berhati-hati apabila berinteraksi menerusi mana-mana media sosial lebih-lebih lagi jika dapat menghidu akaun tersebut adalah palsu.

Malah, menurut Elly, dia juga tidak akan teragak-agak untuk membawa isu ini kepada pihak polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian yang sama berulang lagi.

Kelmarin, bekas pengacara HLive ini dalam satu hantaran di Instagram berkongsi satu kenyataan mengenai sebuah akaun Tinder yang didakwa bukan milik dirinya dan dipercayai individu terbabit mempunyai tujuan tertentu untuk memperdayakan orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya