Orang awam sasaran seludup dadah ke eropah bukan juruterbang-Polis

Orang awam sasaran seludup dadah ke eropah bukan juruterbang-Polis

HUSSIEN Omar Khan semasa sidang media selepas Lawatan Strategik Pengarah JSJN Bukit Aman ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bachok, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sindiket dadah dikesan menjadikan orang awam sebagai keldai dadah membawa bunga ganja ke negara Eropah melalui pengangkutan udara dan bukannya juruterbang sebagaimana yang didakwa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tawaran itu melibatkan tugas membawa bagasi dan jumlah wang yang banyak merangkumi tiket dan pakej percutian di Eropah.

“Setakat yang kita tahu, juruterbang atau pembantu juruterbang tidak terlibat dalam kegiatan membawa dadah sehingga ke Eropah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Strategik Pengarah JSJN Bukit Aman ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bachok di sini hari ini.

Hussein memberitahu, juruterbang yang terlibat dalam kegiatan keldai dadah kebiasaannya akan membawa barangan terlarang itu ke Indonesia dan Australia.

Katanya, kes itu bersandarkan kepada tangkapan melibatkan seorang pembantu juruterbang di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia pada 29 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, sindiket penyeludupan dadah semakin licik dengan menggunakan pelbagai laluan termasuk udara, air dan darat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Sindiket ini begitu licik. Mereka melihat semua ruang. Kalau bukan ruang udara, mereka guna laluan air, laluan darat dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×