Disney+ Hotstar temui penonton Jun ini - Utusan Malaysia

Disney+ Hotstar temui penonton Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Syarikat Walt Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar bakal menemui penonton dan peminat rangkaian filem dan drama terbitan tersebut pada 1 Jun ini.

Pengarah Eksekutif Kandungan dan Kreatif Disney+ Hotstar Asia Tenggara, Ahmad Izham Omar berkata, menerusi pelancaran platform tersebut, penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama-jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Syarikat Walt Disney.

Ia termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda, serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung.

“Selain dapat membawa kandungan jenama Disney yang hebat dari seluruh dunia, kami amat berbesar hati untuk berganding tangan dengan studio-studio dan para pencipta untuk membawa kisah-kisah tempatan ke Disney+ Hotstar sekaligus memacu pertumbuhan komuniti kreatif kami.

“Menerusinya, kami berharap dapat terus memberikan sokongan padu kepada kandungan buatan Malaysia dan menyerlahkan daya tarikan mengenai kisah-kisah, para pembuat filem, serta bakat Malaysia yang penuh inspirasi,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Izham, dengan harga langganan sebanyak RM54.90 untuk setiap tiga bulan, atau melalui pakej khas dengan Astro bagi menikmati akses kepada koleksi kandungan yang begitu luas, penonton berpeluang menikmati Disney + Originals, seperti The Mandalorian dan High School Musical: The Musical: The Series, serta WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki daripada Marvel Studios.

“Barisan rancangan ini merupakan tambahan kepada siaran “blockbuster” dan barisan kandungan terbaharu, termasuk Avengers: Endgame, Avengers: Infinity War, Black Panther, Mulan, Maleficent: Mistress of Evil, The Lion King, Aladdin, Beauty and the Beast; Frozen 1 dan 2, Moana, Big Hero 6, serta Soul dan Coco,” katanya.

Selain itu, menurut Izham, bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar telah memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan studio-studio tanah air yang terkemuka seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan sebagainya.

“Perjanjian berkenaan bermaksud Disney+ Hotstar akan menjadi platform eksklusif bagi beberapa filem blockbuster Malaysia seperti filem J2: J Retribusi, iaitu sekuel kepada filem J Revolusi, Zombitopia serta Ada Hantu.

“Di samping itu, beberapa filem Malaysia yang paling ikonik dan terunggul, termasuk Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, francais filem Rock (Rock, Rock Oo!, Rock Bro! dan Rock 4: Rockers Never Dai), juga akan ditayangkan di saluran ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.