Ada rezeki dapat cucu pula - Ramli MS - Utusan Malaysia

Ada rezeki dapat cucu pula – Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Kurang lebih sebulan bergelar seorang bapa mentua, maestro tersohor negara, Datuk Ramli MS bersyukur dia berpeluang menyermpurnakan tanggungjawab terhadap anak perempuannya, Nadiah.

Menurut Ramli, sebagai seorang lelaki dewasa, dia juga sama seperti mana-mana bapa lain, bersyukur dan gembira dikurniakan seorang menantu lelaki yang baik untuk menemani hidup anak perempuan tunggalnya itu.

“Kita semua akan lalui fasa di mana kita berkahwin, ada anak, dapat menantu, ada cucu, sakit, meninggal itu semua adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Secara peribadi bersyukur kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik di usia sekarang, dapat tengok anak berkahwin.

“Ini fitrah manusia. Dia pun ada kehidupan sendiri dan saya sokong sahaja apa yang dia nak dan tak masuk campur urusan dia selagi perkara itu tidak memerlukan saya untuk mencampuri halnya,” katanya.

Ramli berkata demikian semasa ditemui di ladang Farm Fresh sempena majlis sidang media Panggung Tok Ram di sini, kelmarin.

Selain itu, menurut Ramli, dia juga sentiasa mendoakan kebahagiaan buat anaknya itu dalam menjalani kehidupan baharu di alam rumah tangga.

“Ada rezeki selepas ini mana tahu dapat rasa ada cucu?” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pelancaran program Panggung Tok Ram, Ramli menzahirkan hasrat untuk menabur bakti buat pelapis-pelapis baharu yang ingin membina kerjaya dalam bidang seni.

Menurutnya, berbekalkan pengalaman mahalnya selama 47 tahun dalam industri, pelapis baharu yang ingin menjadi artis berpeluang mendalami selok belok dalam industri dan aturannya menerusi perkongsian dan tunjuk ajar darinya.

“Kalau saya tak gunakan segala ilmu yang ada untuk dicurahkan pada bakat-bakat baharu yang akan menjadi pelapis tanah air ini, rugilah.

“Lagipun bukan boleh dibawa mati, betul tak? Memang saya nak latih bakat-bakat baharu ini supaya apabila mereka sudah bersedia muncul sebagai artis dalam dunia sebenar, mereka tidaklah ada kejutan budaya,” katanya.

Program Panggung Tok Ram ditaja oleh jenama susu terkemuka negara, Farm Fresh dan akan mencungkil bakat muda seawal usia 13 hingga 18 tahun dengan pendekatan pengajaran teknikal seni muzik termasuk disiplin dan tatatertib sebagai artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya