Zizi Kirana sudah berpunya? - Utusan Malaysia

Zizi Kirana sudah berpunya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya baru beberapa minggu lepas Poklip mendengar khabar ramai lelaki sedang ‘mengambil nombor’ untuk cuba mengurat penyanyi, Zizi Kirana. Semua gara-gara pengakuan Zizi masih mencari cinta.

Maka berbondong-bondong komen dan reaksi peminat lelaki apabila mendengar khabar itu. Yalah, Poklip memang dari dahulu jarang mendengar cerita cinta daripada Zizi. Dia macam forever single sahaja.

Tetapi baru-baru ini, ada kawan Poklip mendakwa kononnya hati penyanyi lagu Eh ini sebenarnya sudah dimiliki seorang jejaka. Bukan calang-calang orang, VVIP lagi tau! Seram sejuk dengar.

Dakwa si polan ini, Zizi sudah lama berkenalan dengan jejaka itu dan mungkin sahaja, dia baru membuka hatinya kepada si bertuah itu. Yalah, kalau ikhlas dan pandai menjaga, hati siapa tidak terbuka kan?

Tambah menghangatkan dakwaan, Zizi dan jejaka itu sudah merancang ke arah yang lebih serius. Mungkin tidak mahu bercinta lama lah kot. Kalau betul, Alhamdulillah. Semoga Allah permudah urusan.

Poklip tak pasti kebenaran dakwaan itu sebab Zizi yang dikenali kita semua memang seorang yang sukakan privasi. Dia jarang mencanang kisah peribadi untuk publisiti. Apatah lagi kisah cinta. Mungkin bila sudah kahwin baru dia beritahu.

Tetapi mungkin sahaja dakwaan ini sekadar khabar angin. Jadi tidak perlu bersedih cik abang sekalian, sabar sahaja pendedahan Zizi kalau benar dakwaan itu. Apa pun, kita doa yang baik-baik ya.

Jangan dengki-dengki!

Cerita yang disampaikan kawan Poklip ini juga boleh tahan panas. Baru keluar ketuhar ibaratnya. Mana tidaknya, di zaman 2021 ini, masih ada manusia yang berhati busuk dan dengki dengan kejayaan orang lain.

Lagi parah, yang didengki itu adalah sahabat sendiri tau. Benarlah kata orang, hati-hati dengan orang yang kita rapat. Orang kata gunting dalam lipatan! Yang diharapkan menyokong sebenarnya menjatuhkan.

Kisahnya ada seorang rakan penyanyi muda ini mendedahkan, penyanyi itu sering dicemuh dan difitnah kononnya dia menggunakan orang dalam untuk popular. Masalahnya, yang mengata itu juga artis popular.

Dia seperti tidak boleh melihat rakan artis baharunya itu mendaki puncak populariti. Makin tinggi dakian, makin benci dia melihat. Mungkin itu gambarannya. Itu masalah hati ya. Busuk sangat tau!

Poklip harap agar penyanyi itu kurangkan rasa cemburu dan iri hati. Awak itu sudah popular. Biarlah rakan awak pula mengejar impiannya. Jangan sebab ‘takut’, awak sebar cerita tak betul pasal dia. Tak baik!

Rupanya kahwin tak bahagia

Alkisah, Cik Bunga sendiri pun sudah lama tak mendengar khabar pelakon lelaki yang seorang ini. Muda lagi orangnya.

Masih ingat lagi bagaimana dia menyinar semasa membintangi sebuah teater dan filem popular tanah air satu ketika dahulu. Zaman itu pula pementasan teater sedang rancak dalam industri.

Sempat berbual dengan seorang teman lama, katanya, pelakon lelaki ini sedang mengalami konflik rumah tangga. Eh, terkejut jugalah sebab setahu Cik Bunga, perkahwinannya juga masih baru.

Agaknya kenapa ya? Kata teman Cik Bunga, si artis ini sebenarnya sudah lama memendam rasa. Kononnya, dia sudah tak rasa bahagia lagi dengan isterinya dan pernah beberapa kali memikirkan hasrat untuk bercerai. Bukan sebab orang ketiga pun, cuma ibaratnya sudah tak ada hati.

Ish… janganlah sampai begitu. Berderau darah Cik Bunga bila mendengarnya. Kalau difikirkan semula, tak sangka lah ya sebab tengok dalam media sosial kehidupannya macam bahagia sahaja.

Tapi iyalah, bab bahagia ini mana boleh kita nak ukur menerusi laman sosial sahaja. Berlambak orang lain atau pasangan lain yang buat benda yang serupa, tayang kebahagiaan, tetapi sebenarnya tak bahagia mana pun.

Cik Bunga harap, pelakon itu tidaklah memutuskan untuk bercerai. Bukan apa, kasihan juga pada anak yang masih kecil. Cik Bunga tak dapat nak bayangkan bagaimanalah anak itu membesar tanpa kasih sayang seorang ayah di sisi.

Cik Bunga doakan hubungan mereka dapat diselamatkan. Harus kuat dalam melayari alam rumah tangga ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×