fbpx

6 Mac 2021, 2:26 pm

  TERKINI

Maafkan saya – Nazim Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nazim Othman, 36, membuat permohonan maaf kepada orang ramai berikutan komen yang ditinggalkan pada akaun Instagram milik pelakon sensasi Janna Nick baru-baru ini.

Kata Nazim, luhur daripada hati nuraninya tidak berniat untuk menghina ataupun mempersendakan sesiapa.

“Pertama sekali saya nak minta maaf tulus daripada hati terdalam ini kepada orang ramai di luar sana, andainya ada dalam tindakan saya membuatkan anda terasa hati.

“Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa apatah lagi merendahkan orang dalam apa cara sekalipun. Saya komen sebab macam tak percaya apa yang saya nampak. Sekali lagi saya minta maaf atas salah faham ini,” tuturnya.

Terdahulu Nazim dilihat meninggalkan komen mengenai nama anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban, “Lisa Black apa?,” tulisnya pada hantaran muat naik Janna.

Janna juga dipercayai membalas komen Nazim dengan bunyi serta emoji kepala kinzhir.

Akibat komen balas itu, pelakon wanita itu kemudiannya menerima serangan daripada “batalion” peminat kumpulan tersebut kerana menganggap aktres itu tiada rasa hormat dan bersikap melampaui batas.