’Ini jiwa saya yang sebenar’ - Amira Othman - Utusan Malaysia

’Ini jiwa saya yang sebenar’ – Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amira Othman tampil dengan single terbaharu berjudul Surat Akhir selepas dua tahun berehat dari arena nyanyian.

Dengan rentak balada santai dan mempunyai penghayatan jiwa yang baik, kemunculan semula Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 28, disambut baik oleh peminat.

Menurut anak kelahiran Skudai, Johor ini, lagu yang sarat dengan emosi hasil sentuhan dan gubahan saudaranya, Syafiq Khan, sememangnya merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan sepanjang dia bergelar penyanyi.

“Sebenarnya dalam tempoh saya berehat bukannya tak buat apa-apa, cuma mencari material yang bersesuaian dengan vokal dan jiwa saya. Alhamdulillah akhirnya saya dah jumpa dengan rentak yang sesuai dan mudah-mudahan lagu ini menjadi sebagai satu pembuka rezeki,” ujarnya dengan nada gembira.

“Saya terima banyak teguran positif mengenai suara saya yang dikatakan lain dari kebiasaan. Sejujurnya saya pun tak tahu atas faktor apa, adakah ada kena mengena dengan usia? Atau yang mungkin dapat saya pastikan ialah di sepanjang tempoh dua tahun lalu, saya banyak menghabiskan masa dengan teknik nyanyian,” katanya.

Dalam pada ittu, Amira juga tidak mambataskan kepada satu genre sahaja malah akan terus meneroka lebih banyak peluang yang ada.

“Sebagai seorang penyanyi terutamanya, saya sendiri sangat menitikberatkan dalam penjiwaan dan penghayatan. Hal ini sekali gus berkait rapat dengan kualiti lagu.

“Oleh yang demikian, saya percaya yang akan mengangkat taraf seorang penyanyi itu ke satu tanda aras baharu adalah hasil karya yang bagus,” ujarnya Surat Akhir turut dijadikan sebagai runut bunyi mega drama bersiri Marry Me Senorita.

Lagu terbitan MFMF dan Rocketfuel itu boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Ia juga boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

/end

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya