Perancis arah dua juta botol air Perrier tercemar dimusnahkan

Perancis arah dua juta botol air Perrier tercemar dimusnahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebanyak dua juta botol air mineral jenama popular Perrier yang disyaki dicemari bakteria daripada najis, dimusnahkan di Perancis di bawah arahan kerajaan.

Pengumuman tersebut adalah memberi tamparan baharu kepada gergasi makanan Switzerland, selepas anak syarikatnya di Perancis kini disiasat kerana didakwa menggunakan kaedah haram untuk membersihkan air mineral.

Menurut dokumen Agensi Kesihatan DGS, pihak berkuasa kesihatan di wilayah Occitanie di selatan Perancis memberitahu untuk memusnahkan semua pengeluaran Perrier dari 10 hingga 14 Mac lalu, dari salah satu sumbernya berhampiran Nimes.

Syarikat sama yang turut memiliki jenama Vittel, Contrex dan Hepar, berkata, kira-kira dua juta botol Perrier dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan syarikat itu memberi jaminan bahawa botol air Perrier di kedai adalah selamat.

Awal bulan ini, pihak berkuasa serantau mengarahkan syarikat terbabit menggantung serta-merta pengeluaran di satu sumbernya berhampiran Nimes.

Sumber untuk jenama Vittel, Contrex dan Hepar adalah dari timur Perancis.

Perintah itu menjelaskan bahawa pencemaran najis dikesan dan didaftarkan mulai 10 Mac lalu, menyusuli tindakan Pendakwa Raya Perancis membuka siasatan mengenai kaedah penyulingan Januari lalu.

Syarikat itu mengakui bahawa ia membasmi kuman air menggunakan lampu UV, penapisan karbon dan kaedah lain yang tidak dibenarkan bagi air mineral semula jadi.

DGS berkata, selepas pemeriksaan dan siasatan yang menggegarkan seluruh industri air Perancis itu, beberapa sumber air di timur dan selatan Perancis ditutup atau diklasifikasikan semula sebagai ‘air yang boleh diminum selepas dirawat’.

Ketua Pengarah syarikat makanan Perancis Danone, Antoine de Saint-Affrique memberitahu mesyuarat pemegang saham syarikat, sumber air mineral semula jadi kini menghadapi pemantauan yang sangat ketat.

Pemegang saham pula menimbulkan persoalan mengenai langkah yang diambil di Danone, yang menghasilkan air mineral Evian, Volvic dan Badoit.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN