Olivia Munn mencabar diri - Utusan Malaysia

Olivia Munn mencabar diri

OLIVIA MUNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

Selama 22 tahun mengemudi bahtera seni, pelakon, Olivia Munn berjaya meletakkan namanya sebagai antara aktres pilihan pengarah. Acap kali dia membintangi filem berskala besar antaranya Iron Man 2 dan The Predator.

Hadir dengan drama bersiri, The Rook, pertanyaan dilayangkan kepada pelakon cantik ini. Cukup berjiwa hamba, Olivia menjawab setiap satu soalan dengan penuh ramah.

Secara virtual, Hits berpeluang menemuramah pelakon ini bersama barisan media tempatan dan antarabangsa dalam satu sesi one-to-one interbiu yang dijayakan oleh HBO Go.

Ikuti bicara pelakon kelahiran Amerika Syarikat ini yang bercerita pengalaman menjayakan watak Monica dalam The Rook.

 

HITS: Melakonkan watak Monica dalam drama bersiri baharu, The Rook. Boleh kongsikan sinopsis drama baharu ini?

Olivia Munn: The Rook merupakan drama psychological thriller yang mungkin lebih mudah jika kita labelkan sebagai drama penyiasatan dan misteri. Jalan cerita yang cukup menarik mampu membuatkan kita sentiasa berfikir.

Setiap kali membaca skrip, saya tak boleh berhenti daripada berfikir apa kesudahan dalam setiap episod. Ini adalah antara sebab mengapa saya menerima tawaran The Rook dan pastinya, saya sendiri teruja dengan drama ini.

HITS: Olivia membawa watak Monica Reed yang merupakan seorang agen. Boleh kongsikan apa keistimewaan watak tersebut?

Olivia: Monica Reed merupakan salah satu agen penyiasatan dalam BVA. Dia mempunyai kuasa luar biasa. Tetapi dia perlu hidup seperti manusia normal. Setiap watak dalam The Rook mempunyai kelebihan dan ‘kuasa’ masing-masing.

Monica mempunyai kuasa kekuatan luar biasa. Tetapi dia tidak perlu menyembunyikan kekuatannya seperti Elsa dalam filem Frozen (berseloroh). Dia menggunakan kekuatannya untuk kepentingan masyarakat.

HITS: Monica watak yang memerlukan Olivia untuk beraksii dan berlawan. Apa persedian untuk membawakan watak itu?

Olivia: Saya sendiri pernah mengikuti kelas taekwondo dan di situ saya belajar untuk mendalami watak Monica. Dia seorang agen dan tentulah saya perlu melakonkan adegan berlawan.

Watak Monica adalah seorang superhuman. Jadi, dia perlu nampak gagah dan kuat walaupun seorang wanita. Saya perlu merasai seolah-olah diri ada kuasa luar biasa itu supaya dapat menjiwai watak Monica.

Malah, pelakon lain seperti Adrian Lester banyak membantu dna dia juga pernah belajar taekwondo. Malah lebih hebat daripada saya. Dia juga seorang guru taekwondo, pastilah teknik dia lebih hebat.

HITS: Sebagai pelakon kelahiran Amerika Syarikat (AS) dan berlakon di London, pasti itu memberi perbezaan kepada Oliovia. Bagaimana anda menyesuaikan diri?

Olivia: Ini kali kedua saya berlakon di London dan banyak perbezaan proses penggambaran di sini dan AS.

Perbezaan ketara adalah di sini, mereka meraikan pengarah wanita. Itu jarang ada di AS. Malah dalam The Rook ini, kita ada tiga watak utama dan semuanya perempuan.

Malah, ada juga adegan di mana dua pelakon wanita sahaja dalam satu babak dan tidak bercakap tentang lelaki. Itu sesuatu yang membanggakan.

HITS: Apa kriteria untuk Olivia menerima sesuatu watak?

Olivia: Bagi saya paling penting adalah adakah watak itu berdasarkan manusia sebenar atau sekadar ciptaan. Kalau watak yang wujud di dunia sebenar, itu adalah cabaran untuk saya menyampaikan cerita hidupnya daripada lakonan.

Saya pernah membawakan watak seorang isteri ketika berlakon dengan Eric Bana dan menariknya, watak itu cukup memberi kesan kerana dia seolah-olah ‘memberi’ nyawa kepada suaminya.

Menariknya tentang The Rook ini, semua watak boleh dilakonkan tidak kira lelaki atau wanita. Satu permainan watak yang bebas. Ini adalah satu contoh realiti kehidupan sebenar manusia. Itu penting.

HITS: Mungkin anda ada babak kegemaran, yang mencabar untuk dilakonkan?

Olivia: Satu soalan yang sangat sukar. Susahlah nak pilih babak kegemaran kerana sebagai pelakon, saya memberi yang terbaik tidak kira babak apa pun. Tak kira lah kita perlu menangis atau sekadar berdiri namun itu semua memberi sebab.

Bekerja dengan Adrian merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna. Kami banyak bergembira dan tidak mahu stres sepanjang penggambaran.

Tetapi babak di mana Monica perlu bercakap dalam bahasa Rusia adalah antara kegemaran saya. Sebagai pelakon, saya suka mencabar diri bercakap dan belajar bahasa asing. Itu satu cabaran bagi saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×