fbpx

30 November 2020, 3:24 am

  TERKINI

Enam ciri punca manusia hidup sedih – Amitabh

Amitabh dan anaknya Abishek yang masih menjalani rawatan Covid-19 di sebuah hospital di Mumbai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Amitabh Bachchan yang masih  menjalani rawatan Covid-19 di hospital berkongsi status di laman sosial dan blog miliknya mengenai enam ciri  individu  yang sentiasa hidup dalam kesedihan.

Portal Hindustan Times memetik bintang tersohor itu memberikan enam ciri  tersebut ialah  sentiasa  cemburu terhadap orang lain,  tidak suka semua individu, sentiasa tidak berpuas hati, marah dan berasa ragu-ragu dan menjauhkan diri.

“Inilah enam jenis individu yang hidupnya sentiasa dipenuhi dengan kesedihan. Seboleh-bolehnya, kita harus elakkan daripada bersikap seperti itu,” kata Amitabh.

Amitabh turut memuat naik sloka Sanskrit dan menekankan status tersebut tidak merujuk kepada semua individu. 

Baru-baru ini, pelakon itu memaklumkan beliau dan anaknya, Abhishek disahkan positif Covid-19 dan ditempatkan di sebuah Hospital Nanavati di Mumbai.

Menurut Amitabh, beliau dibawa ke hospital selepas sesak nafas dan meminta sesiapa yang bertemu dengannya membuat ujian Covid-19.

Sehari selepas itu, menantu Amitabh, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya turut disahkan dijangkiti positif Covid-19. – AGENSI.