Pengeluar telefon pintar Nokia baru-baru ini memperkenalkan produk baharunya Nokia 2.4 dilancarkan dengan kamera berteknologi kepintaran buatan (AI), hayat bateri bertempoh dua hari dan skrin definisi tinggi (HD+) besar.
Pengguna juga dapat menonton, belajar dan mencipta dengan lebih efektif menerusi skrin HD+ besar yang bersaiz 6.5 inci.
Dengan hayat bateri bertempoh dua harinya , pengguna dapat menikmati aplikasi serta permainan video kegemaran dengan lebih lama.
Membawakan ciri-ciri moden yang asas seperti sensor cap jari dan face unlock,pengguna dapat menikmati akses yang lebih lancar serta sekuriti tambahan.
Di samping itu, Nokia 2.4 turut didatangkan dengan janji android , yang menawarkan anda pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun dan pengemaskinian sistem operasi selama dua tahun, maka ia sedia untuk memuatkan Android 11 dan 12.
Pengurus Negara untuk Malaysia dan Myanmar, HMD Global, Vijay Thangavelu, berkata, keperluan untuk kekal berhubung menjadi lebih mustahak ketika detik yang mencabar ini kerana jarak yang memisahkan insan-insan tersayang antara satu sama lain.
Oleh itu, menerusi pengenalan Nokia 2.4, yang hadir dengan kamera berprestasi tinggi serta skrin yang besar.
“Kami berhasrat untuk memastikan individu-individu daripada pelbagai latar belakang kekal terhubung melalui kemudahan panggilan video dan perkongsian gambar.
“Nokia 2.4 membawakan prestasi serta rekaan Nordik yang berpegang kepada etos HMD Global, It just keeps getting better,” ujarnya.
Siri telefon pintar Nokia 2.4 menjadi kegemaran ramai kerana ia mempersembahkan banyak ciri yang hebat seperti hayat bateri bertempoh dua hari, kamera berteknologi AI dan pengalaman kepenggunaan android yang tulen, selamat dan terkini.
Kesemuanya ditawarkan dalam pakej yang elegan pada harga yang berpatutan, serta sedia untuk Android 11 dan selanjutnya.
Nokia 2.4 terus melangkaui jangkaan dalam segmennya menerusi keupayaan yang ia bekalkan. Ia telah merangkumkan fungsi bertaraf tinggi seperti kamera AI dengan mod malam dan mod potret.
Skrin besarnya juga menawarkan pengalaman visual yang terbaik, serta demi sekuriti tambahan, sensor cap jari biometrik turut disediakan, buat julung kali untuk siri keluaran ini.
Kesemuanya dipakejkan dalam rekaan berunsurkan Finland yang bersifat abadi, yakni dicerminkan melalui pelet warna Nokia 2.4 memperkenalkan dusk rona ungu khas yang diilhamkan oleh alam semula jadi Nordik.
Antara cirinya adalah imej malam dan potret yang terperinci, dikuasakan oleh pengimejan AI detik-detik yang ingin dirakam bukan sahaja wujud pada waktu siang. Dengan fungsi pelakuran dan tindanan pendedahan mod malam yang canggih, pengguna boleh merangkapkan imej yang terperinci walaupun dalam keadaan gelap dengan Nokia 2.4.
Tonjolkan kreativiti dengan fungsi latar kabur dan bentuk khas menerusi mod potret.
Dengan penyunting potret baharu, anda boleh memfokus semula serta menyunting gambar selepas ia diambil memudahkan anda untuk berkongsi dan menyimpan gambar yang unik.










