Santai, mewah sentuhan Ines - Utusan Malaysia

Santai, mewah sentuhan Ines

Koleksi yang mengekalkan motif 'Luxurious clothes and beyond'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjengah musim bunga/panas bagi tahun 2021, jenama Uniqlo berkolaborasi sekali lagi dengan ikon fesyen antarabangsa, Ines de La Fressange dengan memperkenalkan seleksi bertemakan santai tetapi mewah.

Ia mengambil inspirasi daripada lawatan Ines ke Deauville, ke sebuah resort di Perancis.

Deauville menjadi lokasi istimewa buat Ines kerana ia mengingatkan kenangan bersama neneknya ketika beliau masih kecil.

Seleksi pakaian itu merangkumi dres panjang, skirt dan sweater yang menampilkan siluet keanggunan dan kelembutan palet warna natural.

Koleksi ini, terbahagi kepada tiga konsep penggayaan iaitu Day Trip, Effortless dan Marine.

Ines percaya, bagi menyerlahkan kecantikan si pemakai setiap helaian dihasilkan perlulah berkualiti tinggi dan selesa digayakan.

DAY TRIP

Diilhamkan daripada perjalanan ke Deauville, seleksi item dikeluarkan terdiri daripada set linen-kapas dan skaf material kain rajutan, tali pinggang serta beg yang berfungsi sebagai aksesori gaya.

Kali ini, topi turut tersenarai bagi melindungi wajah daripada sinaran matahari.

 

Rekaan selesa yang menonjolkan kecantikan si pemakai.

EFFORTLESS

Merangkumi seleksi pakaian menggunakan material denim namun lembut, ringan dan selesa, konsep ini menampilkan imej penuh gaya. Seleksi ini turut menampilkan pelbagai material jenis linen dan kemeja kapas untuk pakaian santai.

MARINE

Warga Paris amat gemar menggayakan gaya santai ala lautan pada musim bunga dan panas, menjadikan koleksi baru kali ini menawarkan variasi item berwarna biru laut termasuklah dari gaun hingga ke kot.

INES DE LA FRESSANGE

* Dilahirkan pada 11 Ogos 1957, merupakan seorang model yang berasal dari Perancis, ikon gaya dan juga pereka fesyen bagi jenamanya sendiri.

* Memiliki ketinggian 5 kaki 11 inci, Ines memulakan karier modelnya pada 1974 ketika berumur 17 tahun.

* Mendapat jolokan the talking mannequin, Ines pernah dinamakan sebagai International Best Dressed List Hall of Fame pada 1998 dan menjadi model pertama menandatangani kontrak dengan rumah fesyen terkenal, Chanel.

* Pada 1991, Ines menubuhkan jenama sendiri iaitu Ines de La Fressange dan membuka butik dengan menjual pelbagai produk termasuklah minyak wangi asli dari Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN