Terengganu pertimbang bina jambatan bailey di Belukar Bukit

Terengganu pertimbang bina jambatan bailey di Belukar Bukit

JAMBATAN  menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong, Ajil, yang mengalami kerosakan akibat kejadian kepala air susulan banjir besar, baru-baru ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kerajaan negeri mempertimbang membina jambatan bailey bagi menggantikan jambatan yang runtuh di Belukar Bukit, Hulu Terengganu dalam banjir besar baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembinaan jambatan sementara itu antara opsyen yang dikenal pasti dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.

“Saya difahamkan struktur jambatan Belukar Bukit masih lagi baik cuma gambaran dicadangkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melibatkan kos besar dan memakan masa.

“Malam tadi saya berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), kita cuba mencari opsyen segera dan jambatan bailey antara yang dipertimbang sementara kita menunggu keputusan kaedah mana yang akan diambil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hujan lebat menyebabkan runtuhan sepanjang kira-kira 30 meter berlaku di jambatan yang menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong. 

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, jumlah kerugian dan kerosakan dialami seramai 4,568 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir di kesemua lapan daerah masih belum diperincikan kerana dalam penilaian.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan hasrat mana-mana pihak yang ingin membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir namun perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu bagi mengelak lambakan sumbangan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah,  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan bersedia menghantar bantuan kepada penduduk terjejas banjir di negeri ini dan Kelantan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya