Mangsa banjir Terengganu menurun kepada 165 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Terengganu menurun kepada 165 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bilangan mangsa banjir di Terengganu menurun lebih separuh kepada hanya 165 orang berbanding 451 yang direkodkan pada tengah hari. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 6 petang ini, seramai 155 mangsa direkodkan di Dungun menerusi tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka. 

“Daripada jumlah itu, seramai 69 orang menetap di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja manakala Dewan Orang Ramai Kampung Shukur (68 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda (18 orang). 

“Di Kemaman pula, PPS Surau Kampung Ban Ho dihuni 10 penduduk. Cuaca semasa masih hujan sekejap-sekejap di beberapa tempat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sementara itu, pemerhatian di laman web Public Infobanjir mendapati, hanya dua stesen sungai kini mencatatkan paras amaran iaitu Sungai (Dungun) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap (Setiu). – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya