Formula Sungai Ichat bakal pulih ekosistem Tasik Chini - Utusan Malaysia

Formula Sungai Ichat bakal pulih ekosistem Tasik Chini

WAN EMRIL NIZAM WAN EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) negeri menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri  Pahang untuk memelihara dan memulihara alam sekitar di Tasik Chini yang diisytiharkan Rezab Biosfera (BR) oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2009. 

Ia termasuk penanaman semula pokok sepertimana resepi kejayaan memulihkan Sungai Ichat di Cameron Highlands yang kini berada di kelas satu selepas bertahun-tahun tercemar akibat pencerobohan tanah haram bagi tujuan pertanian.

Pengerusi YARM negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang memulakan proses pemulihan berperingkat dengan penanaman spesies pokok bersesuaian memerlukan gandingan solidariti semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“YARM Pahang yakin dan percaya usaha pemulihan Tasik Chini telah dimulakan sejak dua tahun lalu dengan tindakan kerajaan negeri mewartakan Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini pada 13 Mac 2019. 

“Ia bukannya hanya selepas isu itu tular dalam media sosial kebelakangan ini seperti didakwa pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Wan Emril Nizan berkata, YARM Pahang menyokong hasrat dan syor mewujudkan Perbadanan Biodiversiti demi mengekalkan kelestarian ekosistem selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus. 

Ia juga katanya, selaras titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan mencadangkan agar penggubalan enakmen yang lebih konstruktif antaranya Enakmen Perlindungan Alam Sekitar atau Enakmen Biodiversiti untuk melindungi dan mengekalkan kelestarian alam sekitar sebagai jaminan masa depan generasi akan datang. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya