Apa hukum penceramah kutuk kerajaan? - Utusan Malaysia

Apa hukum penceramah kutuk kerajaan?

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apa hukumnya penceramah agama yang dalam ceramahnya suka mengutuk kerajaan zalim tanpa ada bukti-bukti yang sahih?

Nordin Akhlakan
Perak

Jawapan
Tugas penceramah bukannya untuk mengutuk mana-mana pihak kerana ia bukan daripada adab-adab pendakwah yang mendukung agama. Cukuplah menegur dengan cara yang baik tanpa mengapi-apikan sesiapa dan menegangkan keadaan.

Solat sunat Ba’diah

Soalan
Solat sunat Ba’diah Isyak empat rakaat satu salam. Bolehkah selepas rakaat kedua duduk antara dua sujud dan membaca tahiyat awal kemudian meneruskan rakaat ketiga dan keempat dan salam?

Yahya Awang
Shah Alam

Jawapan
Solat sunat Ba’diah selepas Isyak adalah dua rakaat. Melainkan di dalam mazhab Hanafi membolehkan empat rakaat dengan satu salam seperti solat empat rakaat lain. Boleh juga buat tahiyat awal atau terus bangun tanpa membaca tahiyat awal.

Perkiraan zakat saham

Soalan
Bagaimana perkiraan zakat untuk saham? Contoh, saya beli 3 saham dengan jumlah RM30,000 tetapi nilai pasaran sekarang RM25,000. Bagaimana pula sekiranya pasaran sekarang kurang daripada kadar nisab?

Norzakiah Mukri
Kuala Lumpur

Jawapan

Zakat saham adalah seperti zakat perniagaan dilihat pada hujung tahun iaitu apabila cukup setahun. Jika hujungannya RM25,000 maka dikira daripada RM25,000 dengan kiraan 2.5 persen. Sekiranya terdapat kekeliruan hubungilah Pusat Zakat negeri.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya