DUN Melaka: SPM percuma di Pulau Besar untuk pelajar tahfiz

DUN Melaka: SPM percuma di Pulau Besar untuk pelajar tahfiz

RAHMAD Mariman menunjukkan poster Fast Track SPM 2024 untuk pelajar tahfiz dalam sidang akhbar Sidang DUN Melaka di Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Para pelajar tahfiz di Melaka diberi tawaran menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma agar mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kerajaan negeri menawarkan pengambilan SPM secara percuma di Maahad Tahfiz Bistari (MTB), Pulau Besar di sini.

“Kita lihat sambutan pelajar untuk meneruskan pengajian ke bidang ini masih rendah mungkin disebabkan peringkat umur mereka belum sampai untuk menduduki SPM.

“Ini langkah awal yang diambil kerajaan negeri bagi memastikan pelajar tahfiz dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, pelajar tahfiz di 116 institusi termasuk yang dimiliki pihak swasta dan berdaftar di Melaka turut berpeluang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sewajarnya, bagaimanapun minat pelajar tahfiz terhadap TVET masih berada pada tahap rendah.

“Justeru pelbagai program perlu diperluaskan lagi bagi memastikan kemenjadian pelajar dapat dibentuk. Kita ada melaksanakan program tambahan dalam aspek pendidikan kemahiran dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kolej komuniti.

“Menerusi IPG kita mempelbagaikan program kokurikulum yang menyediakan latihan sukan manakala bersama kolej komuniti pula kita telah melaksanakan kerjasama untuk menawarkan program latihan kemahiran seperti kurus pembuatan pastri, bakeri dan teknologi maklumat (IT).

“Kita tawarkan banyak peluang buat pelajar ini namun kita agak sedih kerana apabila kita buat tawaran hanya enam orang sahaja yang mengikutinya. Setakat ini baru 13 orang yang mendaftar dan ia bukan semuanya adalah pelajar dari Melaka,” jelasnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.