Suami mengaku bujang - Utusan Malaysia

Suami mengaku bujang

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, betulkah jatuh talak sekiranya suami mengaku dirinya bujang? Atau menipu seseorang bahawa dia belum berkahwin?

Amir
Pulau Pinang

Jawapan
Perkataan sedemikian tidaklah jatuh talak kerana perkataan bujang itu bukan daripada lafaz talak. Cuma janganlah bermain-main dengan perkataan-perkataan yang boleh meragukan ini, dikhuatiri akan memudaratkan hubungan suami isteri yang sah itu.

Sokong lelaki berpakaian wanita

Soalan
Ustaz, apa hukumnya memberi sokongan dan galakkan kepada golongan lelaki yang berlagak macam wanita dengan memuji-muji mereka dalam media sosial?

Misah Ali
Johor

Jawapan
Hukum memberi galakkan kepada perbuatan maksiat seperti lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya adalah terlarang dan ia termasuk di dalam kategori menolong dan menyokong perbuatan maksiat yang sama dosa dengan si pelakunya.

Suami isteri solat asing

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya suami isteri solat berasingan di rumah. Suami tidak mahu menjadi imam tanpa alasan apa-apa?

Wahid
Perak

Jawapan
Hukumnya adalah makruh. Biarlah solat berjamaah melainkan terdapat halangan munasabah seperi anak kecil yang terpaksa dijaga oleh salah seorang daripada mereka. Tetapi kalau tidak ada halangan, afdalnya solat berjemaah.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya