Wan Fakhrul Razi, Che Hasmah johan tilawah al-Quran Alumni 4B

Wan Fakhrul Razi, Che Hasmah johan tilawah al-Quran Alumni 4B

MOHD. ALI Mohd. Rustam (tengah) menyempurnakan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan anjuran Pertubuhan Alumni 4B Malaysia di Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Qari Kuala Lumpur, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dan qariah Kelantan, Che Hasmah Draman dinobat sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan anjuran Pertubuhan Alumni 4B Malaysia di Masjid Al-Muhaimin, Bemban di sini, semalam.

Kejayaan itu membolehkan mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan senaskah al-Quran.

Naib johan menjadi milik qari Melaka, Mohd. Fairuz Husin membawa pulang RM1,500 dan tempat ketiga pula dimenangi qari Negeri Sembilan, Mohd. Syahiruddin Daud yang menerima RM1,000.

Qariah Melaka, Normawaty Sahat menduduki tempat kedua diikuti qariah Johor, Sulina Samad di tempat ketiga.

Naib Presiden Pertubuhan Alumni 4B Malaysia, Datuk Hasan Rahman berkata, seramai 15 peserta menyertai tilawah tersebut terdiri daripada lapan qari dan tujuh qariah dari seluruh negara bertanding selama dua hari, bermula Sabtu lalu.

“Program pertama ini akan terus menjadi acara tahunan setiap Ramadan berdasarkan sambutan yang diberikan daripada peserta seluruh negara,” katanya kepada pemberita.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya