Tak tutup aurat sebab nak jadi diri sendiri - Utusan Malaysia

Tak tutup aurat sebab nak jadi diri sendiri

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa pandangan ustaz bila ada perempuan yang tak mahu tutup aurat dengan alasan mahu jadi diri sendiri dan tak mahu hipokrit? Lepas itu, kata Tuhan belum bukakan hatinya bertudung?

Alim Hazlan
Perak.

Jawapan
Itu adalah hasutan dan tipuan syaitan kerana memakai tudung adalah wajib ke atas wanita walaupun dia tidak ikhlas memakainya. Isu hati adalah isu berlainan dengan pemakaian tudung.
Maka boleh jadi wanita memakai tudung itu tidak baik namun tidak bererti dia perlu membuka tudung. Paling kurang dia telah mengurangkan dosanya iaitu dengan menjaga auratnya. Jangan menunggu untuk diseru membuat perkara-perkara yang wajib dan baik, kelak menyesal sekiranya mati yang sememangnya datang mengejut.

Tak tunggu azan habis

Soalan
Ustaz, bolehkah kita terus solat bila dengar saja azan berkumandang, tak tunggu habis azan?

Zuraidah
Kuala Lumpur.

Jawapan
Hukum menunaikan solat sejurus selepas mendengar azan adalah sah kerana sudah ada syarat sah iaitu masuk waktu solat. Cuma makruh kerana tidak menjawab azan.

Suami dahulukan kawan-kawan

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya suami suka menolong orang luar atau kawan-kawan daripada menolong keluarga sendiri. Kalau kawan dalam kesusahan cepat saja tolong. Isteri susah, buat tak tahu kena minta kawan-kawan isteri pula tolong.

Safia Shadan
Melaka.

Jawapan
Tidak boleh menolong orang luar sebelum menunaikan tanggungjawab di dalam rumah dan keluarga. Tidak membantu memberikan wang kepada yang wajib diberikan nafkah iaitu anak dan isteri adalah satu kesalahan kerana mereka di bawah tanggungan suami. Maka selesaikan perkara-perkara wajib dulu barulah tolong kawan-kawan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya